CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3937|Reply: 0

Martin sertai Aprilia musim depan

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

JORGE Martin. FOTO AFP

Paris: Pendahulu kelas MotoGP, Jorge Martin akan bertukar pasukan musim depan, umum Aprilia yang menyatakan mereka sudah menandatangani kontrak 'beberapa tahun' dengan pelumba Sepanyol itu bermula pada 2025.

Pelumba berusia 26 tahun itu kini berada dalam musim keempatnya bersama pasukan satelit Ducati, Pramac.

"Jorge adalah batu asas untuk mencapai matlamat yang kami semua cari dengan penuh harapan di Aprilia Racing," kata Ketua Pegawai Eksekutif pasukan, Massimo Rivola.

"Kami bercakap malam tadi (semalam) dan tanpa membuang masa, kami membuat keputusan," katanya lagi.


Martin menjadi calon utama untuk naik ke pasukan pengeluar Ducati musim depan bagi menggantikan Enea Bastianini.

Namun situasi itu dilihat berubah pada minggu lalu apabila juara dunia enam kali, Marc Marquez, yang menyertai satu lagi pasukan satelit Ducati, Gresini sejak Januari lalu, mengumumkan bahawa menggantikan Martin di Pramac musim depan bukanlah pilihannya.

Bercakap pada Khamis lalu, sebelum Grand Prix Itali, Marquez berkata, dia akan memberi keutamaan kepada tawaran daripada pasukan pengeluar sahaja.

Dia berkata demikian selepas rakan senegara dari Sepanyol, Aleix Espargaro mengumumkan akan bersara pada akhir musim sekali gus menyaksikan satu tempat kosong di di Aprilia.

Musim ini, Martin mendahului juara dunia berganda, Francesco Bagnaia dengan 18 mata manakala Marquez berada di kedudukan ketiga selepas mengharungi empat musim yang tidak kompetitif disebabkan oleh kemalangan teruk dan kesukaran pasukan Honda untuk menyaingi Ducati.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aprilia-musim-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.041530 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list