CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2458|Reply: 0

[Kelantan] Merah jadi rebutan untuk dikorbankan

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode

GHAZALI menjaga Merah yang ditempah untuk korban. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang penternak tidak menyangka lembu baka Limousine diberi nama Merah yang dipelihara sejak lebih dua tahun lalu menjadi rebutan untuk ibadah korban.

Biarpun harga yang dikenakan RM1,500 untuk satu bahagian namun sambutan diterima luar biasa.

Setakat ini, masih ada yang penduduk yang bertanyakan sama ada masih terdapat slot kosong untuk ibadah korban pada Aidiladha ini.

Penternak Ghazali Ismail, 61, berkata dia membeli lembu baka itu lebih dua tahun lalu ketika haiwan itu berusia enam bulan dengan harga RM5,000.


"Kini usia lembu ini hampir tiga tahun. Selepas Aidilfitri baru-baru ini saya baru buka harga untuk ibadah korban iaitu RM1,500 untuk satu bahagian.

"Saya tidak menyangka ramai yang berminat dengan Merah walaupun harga jauh lebih mahal berbanding lembu biasa.

"Sehingga semalam (kelmarin), masih ada yang datang ke rumah bertanyakan sama ada masih terdapat slot kosong kerana tertarik lihat saya menjaga Merah," katanya di kediamannya di Kampung Senang di sini.

Katanya, cara penjagaan lembu baka Limousine sedikit berbeza dan paling ketara dari segi pemakanan.

"Jika lembu biasa paling banyak pun makan dua kali sehari untuk Merah tiga hingga empat kali sehari. Malam pun saya masih beri makan jika melihat keadaannya yang lapar.

"Saya memang menjaga dengan baik dan memandikannya dua kali sehari. Mungkin faktor itulah orang tertarik dan mahu mendapatkan Merah untuk ibadah korban.

"Memelihara lembu adalah hobi saya dan saya hanya fokus untuk seekor lembu. Selepas Aidiladha, saya mungkin akan membeli lembu lain. Saya jangka untuk ibadah korban Merah nanti, satu bahagian akan mendapat 40 kilogram (kg) daging, tidak termasuk tulang," katanya.

Sementara itu, pelanggan Saufi Yusuff, 42, berkata, walaupun mahal, dia sanggup mendapatkan satu bahagian korban.

"Saya kenal pak cik Ghazali dan tahu cara dia jaga lembunya. Walaupun mahal, saya tetap mahu kerana tahu makanan apa yang diberi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-untuk-dikorbankan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.509499 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list