View: 2407|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ini kes naya betul...
[Copy link]
|
|
MAKANAN diterima anak rakan Izham Nayan dan resit bayaran disertakan sekali dalam bungkusan makanan. FOTO Ihsan Fb Izham Nayan
Kuala Lumpur: Kejadian penghantar makanan (p-hailing) tersilap menghantar pesanan hingga anak pelanggan termakan daging babi panggang tular di laman sosial sejak semalam.
Kisah itu dikongsikan pengguna Facebook (FB) Izham Nayan menerusi hantaran di platform berkenaan yang kini meraih 1,000 perkongsian.
Menerusi hantaran itu, Izham turut memuat naik gambar makanan dan resit bayaran yang diterima.
"Salah hantar makanan (mengandungi daging panggang) babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia dah termakan, asal pesan mee tarik.
"Ibu tengah uruskan kelas dalam talian, anak kecil pula tengah lapar… Ayah pesankan untuk anak dekat rumah.
"Anak terima dan makan saja. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat sebelah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya," tulisnya.
"Astaghfirullahalazim... makan baru habis ke baru perasan?" soal pengguna FB, Tati Norzai di ruangan komen.
"Macam mana boleh terjadi, kena berhati-hati, kerajaan atau jabatan agama kena lakukan sesuatu," tulis seorang lagi pengguna, Md Noor Pitchay.
Harian Metro cuba menghubungi Izham menerusi Facebook (Fb) untuk mendapatkan kenyataan, namun mesej dihantar belum dijawab.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /ini-kes-naya-betul |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|