CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2246|Reply: 0

[Kelantan] Pembantu penguasa JKDM hadapi 90 pertuduhan rasuah

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ahmad Emin Nazrul Ahmad Nazrin, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 sejak Mei 2017 hingga September tahun lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 sejak Mei 2017 sehingga September tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Emin Nazrul Ahmad Nazrin, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut kertas pertuduhan pertama sehingga 90, tertuduh didakwa menerima suapan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM84,800 daripada pemilik syarikat Kalos Enterprise melalui pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank tertuduh sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori kargo milik syarikat itu, yang membawa keluar barangan dari Kargo KLIA.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Maybank Berhad di Jalan Mahmood, di sini bermula 20 Mei 2017 sehingga 3 September 2023.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd 'Afif Ali dan tertuduh diwakili peguam, Adhwa' Afiqah Mohd Azmi.

Terdahulu, Mohd 'Afif mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 dikenakan terhadap tertuduh memandangkan jumlah kes yang banyak dan membabitkan nilai sebanyak RM84,800.

Adhwa' Afiqah pula memohon jaminan RM15,000 dikenakan memandangkan tertuduh mempunyai tiga anak yang masih kecil dan isteri tidak bekerja dan tertuduh kini bertugas di JKDM Kelana Jaya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan jaminan RM20,000 ditawarkan dengan seorang penjaminan dan syarat tambahan dikenakan termasuk tertuduh perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya setoap bulan selain pasport diserahkan kepada SPRM.

Mahkamah turut menetapkan 21 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-pertuduhan-rasuah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048466 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list