CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 0

[Terengganu] Rezeki nasi lemak RM1

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Safiah Azlan membungkus nasi lemak RM1 untuk pelanggan yang beratur panjang di gerainya di Kampung Rusila, Marang.- NSTP/NAZDY HARUN

MARANG: Kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat tidak menghalang seorang peniaga dari Kampung Rusila, di sini menjual nasi lemak berlauk ikan bilis, telur dan timun hanya pada harga RM1.

Walaupun margin keuntungan kecil, Safiah Azlan, 32, berkata dia tetap berpuas hati kerana dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh jam dia kini mampu menjual sehingga 1,700 bungkus makanan berkenaan.

Harga RM1 itu, katanya, ditetapkan selepas dia melihat kuasa beli pengguna semakin menurun, manakala kos sara hidup dan harga barangan pula makin meningkat.

"Saya berniaga makanan sejak 14 tahun lalu, namun melihat kuasa beli semakin turun dan dengan peningkatan harga barang, saya perlu cari alternatif lain. Bermula Oktober lalu, 400 bungkus nasi lemak RM1 terjual sehari dalam minggu pertama.


"Minggu kedua, permintaan semakin melonjak kepada 700 hingga 800 bungkus sehari dan jualan kini cecah 1,700 bungkus sehari. Walaupun murah, bahan yang diletakkan dalam masakan sama seperti nasi lemak yang dijual harga RM3 atau RM4 sebungkus.

"Tak sangka permintaan semakin tinggi, walaupun margin keuntungan kecil, saya tetap puas hati kerana dalam tempoh tujuh jam atau kurang, mampu habiskan jualan," katanya yang menggajikan 10 pekerja membantu menyediakan makanan untuk jualan.

Untuk menyerap kos gaji pekerja, katanya, dia perlu menjual lebih 1,000 bungkus nasi lemak RM1 setiap hari dengan pelanggan bukan sahaja penduduk setempat, malah pernah ada pelanggan luar, antaranya dari Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak.

"Bagi menjamin nasi lemak sentiasa dalam keadaan panas, saya memasak secara berperingkat dari jam 3 petang hingga malam. Permintaan boleh cecah 2,000 bungkus sehari, tapi namun untuk sediakan dalam jumlah itu amat meletihkan.

"Buat masa ini, saya hadkan sehingga 1,700 bungkus sahaja. Alhamdulillah, walaupun letih kerana perlu menyediakan nasi lemak dalam jumlah banyak, saya puas hati maklum balas pelanggan amat positif mengenai harga dan rasa makanan," katanya yang menggunakan antara 80 hingga 10 kilogram beras.

"Saya juga jual hidangan barat pada harga RM5, selain mi kari dan laksa, juga dengan harga sama, tapi kuantiti bahan di dalamnya dperbanyakkan supaya orang puas makan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... zeki-nasi-lemak-rm1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list