View: 3059|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bayi tanpa telinga meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab, 23 bulan dari Kampung Laut ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan meninggal dunia selepas paru-paru dijangkiti kuman. FOTO IHSAN ROZANA
Kuala Terengganu: Bayi tanpa telinga tetapi didakwa boleh mendengar yang tular sebelum ini meninggal dunia petang semalam.
Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab, 23 bulan dari Kampung Laut di sini, meninggal dunia selepas demam berpanjangan sejak 28 Mei lalu sebelum paru-parunya dijangkiti kuman.
Anak bongsu daripada lima beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut pada 8 malam tadi.
Ibunya Rozana Zakaria@ Omar, 42, berkata, anaknya meninggal dunia dipangkuannya pada 3.45 petang ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Jika diikutkan Muhammad Firdaus sudah tidak demam dan hanya menunggu masa untuk dibenarkan pulang ke rumah.
"Bagaimanapun Muhammad Firdaus tiba-tiba menjadi pucat ketika berada dipangkuan saya dan dirujuk kepada doktor seterusnya disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Menurutnya, anaknya itu baru sahaja boleh berjalan sejak dua bulan lalu.
"Kami belum puas bermain dengan arwah sejak dia boleh berjalan tetapi apa boleh buat umurnya tidak panjang.
"Sebagai ibu saya dan keluarga sudah puas hati menjaganya termasuk memenuhi segala keperluan rawatan arwah.
"Jika ikutkan jenis penyakit yang dihidapi arwah sejak lahir iaitu sindrom Pantau, penyakit jantung berlubang dan penyakit buah pinggang arwah hanya boleh bertahan selama setahun," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bayi boleh dianggap paling istimewa apabila dilahirkan tanpa dua telinga namun didakwa boleh mendengar dengan baik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nga-meninggal-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|