CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3786|Reply: 0

[Selangor] Putrajaya Shooters tembak 1,107 gagak

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:24 PM | Show all posts |Read mode

Sejumlah 1,107 gagak berjaya ditembak dalam operasi menembak siri dua anjuran Unit Kawalan Haiwan Terbiar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Ahad lalu. FOTO IHSAN FB MPHS

Hulu Selangor: Sejumlah 1,107 gagak berjaya berjaya ditembak dalam operasi menembak siri dua anjuran Unit Kawalan Haiwan Terbiar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Ahad lalu.

Operasi bermula jam 12 tengah hari hingga 7 petang itu dilakukan dengan kerjasama rakan strategik iaitu kumpulan Putrajaya Shooters.

MPHS berkata, operasi yang dijalankan di sekitar kawasan pentadbirannya bertujuan mengawal populasi haiwan itu yang semakin meningkat.

"Burung gagak ini perlu dikawal untuk mengurangkan risiko penyakit dan pencemaran bunyi. Selain itu ia meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan dan hasil pertanian," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Menurutnya, masyarakat diseru supaya bertanggungjawab dan mengambil langkah proaktif untuk mengawal populasi haiwan itu

"Antaranya adalah mengurus sampah dan sisa makanan dengan sempurna, memastikan kawasan sekeliling bersih dan mengurangkan kawasan pembinaan sarang burung gagak.

"Sehubungan itu, MPHS merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-tembak-1107-gagak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.161475 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list