View: 2753|Reply: 0
|
[Pahang]
Pesakit untut kronik pergi selamanya
[Copy link]
|
|
Mohd Zulkifli meninggal dunia akibat sukar bernafas.
Kuantan: "Impian arwah untuk menjalani pembedahan pada kaki kanannya yang dijadualkan pada awal bulan depan tidak menjadi kenyataan," kata Nurul Shada Masri, 37.
Nurul Shada adalah isteri kepada Mohd Zulkifli Zainal, 40 yang meninggal dunia di Kuala Teh, Jerantut, semalam selepas menderita penyakit untut (Lymphoedema) kronik sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, arwah mengadu demam dan terlalu lemah hingga tidak mampu berjalan, kelmarin tetapi mendakwa sudah baik semula pada semalam.
Katanya, disebabkan penyakit untut itu, hampir setiap bulan arwah akan demam sebelum kembali normal selepas makan ubat dan keadaan itu berlarutan sejak enam tahun lalu.
"Petang semalam, keadaan arwah terlalu lemah apabila tidak mampu bangun, sebelum itu arwah mengadu badannya tidak selesa hingga menyebabkan dia sesak nafas.
"Kira-kira 3.50 petang (semalam), arwah meninggal disebabkan sukar bernafas," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan suaminya pergi selepas menderita penyakit berkenaan selama enam tahun.
Katanya, arwah sepatutnya menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 1 Julai depan bagi membuang daging yang tumbuh secara tidak normal seberat 60 kilogram pada kaki kananya.
"Arwah tidak sabar untuk menjalani pembedahan kerana tidak sanggup menanggung derita dengan semua persiapan fizikal dan mental sudah dilakukan.
"Pelbagai usaha dilakukan arwah untuk mengumpul perbelanjaan kos pembedahan sebanyak RM75,000 termasuk sumbangan pelbagai pihak dan kerajaan negeri," katanya yang mengucapkan terima kepada penderma.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang cahaya mata berusia 15 tahun.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Teh, Jerantut selepas solat Isyak, semalam.
Sebelum ini, Harian Metro menyiarkan kisah penderitaan ditanggung kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub Mohd Zulkifli yang mengidap penyakit untut kronik sejak enam tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nik-pergi-selamanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|