CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3345|Reply: 0

[Terengganu] Honda City tinggal di pekan Karak, suspek ceroboh rumah orang

[Copy link]
Post time 5-6-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 5-6-2024 05:20 PM


DATUK SERI YAHAYA OTHMAN (dua dari kanan) menunjukkan nombor pendaftaran palsu pada kereta yang dicuri seorang lelaki di Bentong, Pahang hari ini.


BENTONG – Suspek yang mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan kelmarin sempat tidur selama kira-kira dua jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis di sini sebelum ditahan pihak polis.
Suspek yang berusia 40 tahun meninggalkan kereta jenis Honda City di pekan Karak sebelum menumpang orang awam ke Kampung Chinta Manis di sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil maklumat awam mengenai kes pencerobohan rumah, satu serbuan dilakukan di rumah tersebut pada pukul 12.45 malam ketika suspek sedang tidur di ruang tamu rumah.
“Berdasarkan keterangan pemilik rumah, pada pukul 10 malam suspek datang ke rumah berkenaan dan terus masuk ke dalam rumah.
“Suspek kemudian mengurung penghuni rumah dalam sebuah bilik dan suspek telah tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.
Hari ini Kosmo! melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila dibawa lari sejauh 400 meter sebelum ditolak keluar oleh penjenayah yang mencuri kereta jenis Honda City milik anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.
Tambah Yahaya susulan penahanan suspek, polis berjaya menemukan kenderaan Honda City dicuri yang telah ditukarkan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, kenderaan berkenaan tidak mengalami kerosakan dengan hanya kesan calar di beberapa bahagian selepas tampalan poster dipercayai dikikis oleh suspek bagi mengelak ia dikesan.
“Pihak polis turut merampas sejumlah barangan termasuk satu bilah pisau, satu bilah pisau lipat, dua bilah gunting, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... eroboh-rumah-orang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.634433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list