View: 7641|Reply: 0
|
Mbappe bantu Perancis benam Luxembourg
[Copy link]
|
|
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meledak satu gol dan membantu dua yang lain ketika aksi persahabatan menentang Luxembourg di Stadium Saint-Symphorien, Longeville-les-Metz, Perancis. - Foto AFP
METZ, Perancis: Perancis menewaskan Luxembourg 3-0 dalam aksi pemanas badan Euro 2024 di Metz, dengan penyerangnya Kylian Mbappe meledak gol terakhir selepas membantu dua jaringan pertama.
Penyerang, Randal Kolo Muani meletakkan Perancis di depan sebelum rehat, menanduk masuk hantaran tepat Mbappe, diikuti rembatan Jonathan Clauss untuk gol kedua pada minit ke-70.
Mbappe melengkapkan kemenangan ketika permainan berbaki 15 minit untuk gol ke-47nya bersama Les Bleus.
Pemain 25 tahun itu, yang melengkapkan perpindahannya ke Real Madrid pada Isnin lalu, kini sudah terbabit dalam 80 gol untuk Perancis sepanjang 78 penampilan.
"Mbappe adalah pemimpin pasukan yang dihormati sejak dia bersama kami. Dia melakukan tugas dengan baik hari ini.
"Dia tidak banyak bermain sejak beberapa minggu lalu, jadi ada sedikit kekurangan, tetapi dia masih mahu memenangi segalanya, ia lebih baik untuknya.
"Dia adalah contoh yang baik sepanjang minggu," kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.
Naib juara Piala Dunia itu menguasai permainan sepanjang 45 minit pertama tetapi pelawat cukup berdisiplin dalam memastikan gawang mereka tidak dibolosi.
Di ranking ke-87 dunia, Luxembourg terlepas beraksi di kejohanan major pertama mereka selepas tewas 2-0 kepada Georgia dalam separuh akhir play-off kelayakan Euro 2024.
Perancis akan berdepan Kanada pada Ahad di Bordeaux untuk aksi pemanas badan terakhir sebelum Euro 2024 menyingkap tirainya pada 14 Jun.
Perancis, yang tersingkir di peringkat 16 terakhir Euro 2020 selepas tewas penentuan penalti di tangan Switzerland, bertemu Austria pada 17 Jun sebelum menentang Belanda pada 21 Jun dan Poland empat hari kemudian. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... is-benam-luxembourg |
|
|
|
|
|
|
| |
|