View: 4491|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Telefon kenalan dulu untuk pengesahan, jangan sewenang-wenang tekan 'link'
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan sentiasa dapat hubungi menggunakan talian telefon mana-mana individu yang menghantar pautan jemputan perkahwinan di media sosial bagi mengelak menjadi mangsa 'scammer'.
Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) Daniel Khoo berkata, penjenayah bijak memanipulasi sasaran mereka dengan menggunakan pautan seperti jemputan perkahwinan yang mengandungi perisian hasad.
"Kalau terima pesanan WhatsApp atau 'link' (pautan) yang meminta maklumat peribadi seperti nombor ic (MyKad) atau nama penuh, tolong jangan isi dahulu.
"Cara terbaik adalah hubungi kenalan berkenaan untuk pengesahan dan jika tidak mengenali, lebih baik abaikan sahaja untuk elak kerugian kelak," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, selain jemputan perkahwinan modus operandi penjenayah terbabit sering dikesan adalah meminta untuk meminjam wang menggunakan nombor telefon kenalan yang sudah digodam.
Katanya, sindiket juga semakin licik menipu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghantar pesanan suara atau 'voice note' bagi mengelirukan mangsa.
Daniel berkata, sindiket penipuan ini semakin rakus mencari mangsa tanpa mengira latar belakang malah ada juga dalam kalangan individu berprofil tinggi yang menjadi sasaran.
"Jadi kena hati-hati, jika terima pautan atau ada kenalan atau ahli keluarga mahu meminjam wang terus hubungi individu berkenaan secara terus menggunakan talian telefon.
"Ingat, walaupun terima mesej daripada ahli keluarga kita kena waspada dan telefon mereka secara terus. Bukan tidak percaya mereka, cuma dalam situasi sekarang kena sentiasa berhati-hati," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-wenang-tekan-link |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|