CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4150|Reply: 0

[Perlis] Suami isteri disyaki edar dadah diberkas, ganja 1kg dirampas

[Copy link]
Post time 7-6-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri disyaki edar dadah diberkas, ganja 1kg dirampas

07 Jun 2024 12:25pm











KANGAR - Polis menahan pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, serta merampas satu kilogram ganja bernilai RM3,100 di tepi jalan masuk Kebun Mangga Harumanis, Jalan Sahabat Kaki Bukit dekat Padang Besar semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, suami isteri yang masing-masing berusia 27 dan 21 tahun itu, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, pada pukul 4.30 petang ketika sedang menaiki kereta.



"Hasil dari penahanan tersebut, pihak polis menemukan satu beg berwarna di dalamnya terdapat satu bungkusan kerajang aluminium warna emas yang dibalut dengan soltape, berisi ketulan mampat disyaki dadah ganja yang diletakkan di atas lantai letak kaki sebelah kiri penumpang belakang (dengan) anggaran berat satu kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di kawasan setempat pada awal tahun ini.



"Dadah jenis ganja tersebut dipercayai dibawa masuk menggunakan laluan tikus sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran sekitar daerah Padang Besar. Suspek dipercayai memperolehi dadah melalui seorang lelaki dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata, jumlah dadah itu boleh digunakan 4,000 penagih sekiranya terlepas, manakala hasil semakan rekod lampau mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

"Ujian saringan awal mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine. Kedua-dua mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.170050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list