CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9934|Reply: 0

Tak perlu pecat Ten Hag - Van Gaal

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag bersama trofi Piala FA yang dimenangi bulan lalu. - Foto AFP

MANCHESTER: Louis van Gaal menggesa Manchester United untuk mengekalkan Erik ten Hag - tetapi mengakui pengendali itu sendiri menjejaskan masa depannya di Old Trafford.

Masa depan Ten Hag belum diputuskan oleh pengurusan kelab. Bekas pengendali Ajax itu mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris terburuk kelab dengan menamatkan saingan di tangga kelapan.

Kempen mereka bagaimanapun diselamatkan dengan kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester City 2-1 dalam aksi final di Wembley bulan lalu.

Kini peminat United mula keliru sama ada mahu pengendali dari Belanda itu terus membimbing pasukan dengan keputusan tidak menentu, manakala bekas bos Red Devils, Van Gaal tampil mempertahankan rakan senegaranya itu.


"Sudah tentu (dia tidak patut dipecat). Tetapi saya juga memerlukan lebih masa di Manchester United. Saya juga memenangi Piala FA dan sebelum saya untuk tempoh 20 tahun (tidak ada pengendali United) menjuarai Piala FA.

"Kini Erik menang Piala FA dan juga layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada tahun pertamanya, jadi saya rasa dia tidak patut dipecat.

"Dia perlu lebih masa tetapi saya juga boleh mengkritiknya. Dia tidak melakukannya dengan begitu baik - anda boleh memberi kritikan - tetapi dia membuktikan yang dia seorang pengurus yang bagus," kata Van Gaal.

Ten Hag menyalahkan kecederaan sebagai punca kemerosotan prestasi United, dengan pemain-pemain penting seperti Lisandro Martinez, Luke Shaw dan Rasmus Hojlund antara yang terpaksa berehat panjang musim lalu.

Sebelum aksi final bulan lalu, pemilik bersama kelab, Jim Ratcliffe sudah bersedia memecat Ten Hag tetapi pengendali itu menyatakan alasannya selepas kemenangan Piala FA.

"Apabila anda tidak mempunyai pemain mencukupi, anda tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Ia semudah itu.

"Dan jika itu keadaannya, tidak ada masalah. Saya boleh pergi ke tempat lain dan akan terus memenangi trofi," kata Ten Hag. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... at-ten-hag-van-gaal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.801267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list