CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4893|Reply: 0

[Perlis] Gagal bayar hutang RM2,000 punca wanita diculik

[Copy link]
Post time 9-6-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Gagal bayar hutang RM2,000 punca wanita diculik


Oleh Aizat Sharif - Jun 9, 2024 @ 2:48pm bhnews@bh.com.my









ARAU: Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menyelesaikan kes penculikan apabila menyelamatkan seorang wanita warga Thailand yang dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di Gunung Keriang, Kedah selepas menyerbu sebuah rumah tumpangan di Jejawi, di sini semalam.

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 36 tahun dan tinggal di Alor Setar itu dilarikan bersama teman lelakinya yang berusia 18 tahun di sebuah lokasi di Gunung Keriang, Kedah, pada awal pagi semalam sebelum dibawa ke sebuah bilik rumah tumpangan di Jalan Jejawi Sena, Taman Utara Jejawi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah hutang antara mangsa dan suspek utama berjumlah lebih RM2,000 dan kesemua suspek serta mangsa mengenali antara satu sama lain.

"Suspek utama sebelum ini sudah beberapa kali menuntut hutang daripada mangsa, namun ia tidak diendahkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, teman lelaki mangsa dilepaskan suspek utama kira-kira jam 1 tengah hari semalam selepas didapati tiada kaitan dengan suspek utama.

"Susulan daripada itu, teman lelaki mangsa bertindak menghubungi polis sekitar jam 7.45 malam sebelum pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis melancarkan Ops Scorpion dengan menyerbu bilik di rumah tumpangan itu untuk menyelamatkan mangsa," katanya.

Ahmad Mohsin berkata, seorang daripada suspek lelaki ditahan di luar rumah tumpangan terbabit, manakala suspek wanita dan mangsa dijumpai dalam bilik.

Beliau berkata, suspek utama berusia 39 tahun yang cuba melarikan diri ke loteng rumah tumpangan itu turut berjaya ditahan, selain pihak polis turut menemui 14 paket plastik mengandungi serbuk disyaki syabu seberat 37.03 gram di rumah tumpangan itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.396936 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list