CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7457|Reply: 18

[Dunia] Rating ekonomi Malaysia meningkat.JP Morgan naikkan penarafan Malaysia kepada neutral selepas enam tahun

[Copy link]
Post time 12-7-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 12-7-2024 01:48 PM


Diterbitkan:  Jul 11, 2024 5:53 PM



JP Morgan bertindak menyemak naik penarafan terhadap Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ selepas hampir enam tahun dan menyifatkan prestasi itu didorong oleh pembaharuan dasar-dasar negara, pelaburan pusat data serta pembangunan infrastruktur.

Dalam wawancara dengan stesen media CNBC semalam, Ketua JP Morgan bagi Asia Pasifik (kecuali Jepun/China), Rajiv Batra menyifatkan tahap kemajuan Malaysia sebagai memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah 4.2 peratus.

“(Keadaan ini) menjadikan kami positif terhadap Malaysia dan apa yang lebih menarik, semua tanda-tanda ini dicatatkan pada tahun lepas.

"Pertumbuhan pendapatan misalnya hampir menjejaki tahap 10-11 peratus yang juga satu peningkatan yang mengejutkan. Kami perlu memberi pujian kepada negara itu dan atas alasan ini, kami menaikkan penarafan itu kepada neutral,” katanya.

Rajiv turut mengetengahkan tindakan Malaysia mengambil langkah berani dalam penyasaran subsidi, termasuk diesel selain memastikan hanya golongan benar-benar memerlukan diberi bantuan tunai secara bulanan.

“Rakyat juga menyedari bahawa penjimatan wang daripada subsidi itu akan dimanfaatkan bagi tujuan ekonomi yang lebih produktif sama ada dalam aspek literasi, latihan kemahiran semula atau dasar gaji progresif yang menyaksikan Malaysia cuba mengambil inspirasi daripada pengalaman Singapura,” katanya.

Beliau berkata kerajaan semasa yang telah mentadbir selama satu setengah tahun, terbukti menjalankan tugas dan “sedang mengotakan janji.”

Ini termasuk meluluskan beberapa dasar dan pembaharuan yang sukar seperti pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“Lebih penting lagi, kerajaan ini meneruskan konsolidasi fiskal tanpa mengorbankan pertumbuhan dengan menyasarkan pertumbuhan sebanyak lima peratus.

“Lihat saja di ASEAN pada tahun ini yang menyaksikan aliran keluar (dana) US$7 bilion dalam ekuiti ASEAN.

“Malaysia juga (tidak terkecuali apabila) bermula pada paras rendah dengan aliran keluar hampir US$150 juta hingga US$160 juta pada suku pertama, namun pada suku kedua, pelabur asing kembali dengan (aliran masuk dana) kira-kira US$200 juta,” katanya.

Rajiv berkata selain aliran pelaburan dalam pusat data, perjalanan Malaysia dalam segmen kenderaan elektrik serta tenaga hijau juga seharusnya mendapat pujian.

“Mengambil kira semua faktor-faktor ini, pelabur asing melihat bahawa wujud pelbagai sektor serta idea yang boleh dimanfaatkan di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Rajiv berkata Malaysia juga muncul antara pasaran besar dari segi permodalan pasaran sepertimana Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Kami melihat pelabur asing mengambil beberapa langkah baharu, namun tahap pemilikan asing masih pada 19 peratus dan belum mencapai kemuncak potensi pada 35-40 peratus,” katanya.

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2024 11:46 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 09:11 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 12-7-2024 09:15 PM

Yup...Penghapusan subsidi menghasilkan penghematan RM 11.5 billion ... tetapi upaya untuk menghapus perjudian  pastilah akan ditentang oleh PMX ... Jadi walaupun HARAM.... activity JUDI akan tetap kekal di amalkan di negara berasaskan Islam ini ...Hehehehe



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangan2 haluih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:24 AM | Show all posts
Tampaknya dalam waktu X lama lagi ... Malaysia akan menjadi Super Power  baru menggantikan dominasi USA, Japan, Grman etc .... TAHNIAH
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 13-7-2024 11:24 AM
Tampaknya dalam waktu X lama lagi ... Malaysia akan menjadi Super Power  baru menggantikan dominasi  ...

Jeles ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2024 12:11 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 13-7-2024 12:24 PM

Virtually  atau Halu .... (if smart) .....  Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 13-7-2024 12:11 PM
Virtually  atau Halu .... (if smart) .....  Hehehehe

Jeles leteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak jual tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 11:35 AM | Show all posts
nusaraya replied at 13-7-2024 11:24 AM
Tampaknya dalam waktu X lama lagi ... Malaysia akan menjadi Super Power  baru menggantikan dominasi  ...


Malaysia Dijangka Muncul Ekonomi Ke-16 Terbesar Di Dunia Menjelang 2075 - Kajian
Bernama       13 Julai, 2024



Malaysia dijangka muncul sebagai antara 30 ekomomi terbesar di dunia menjelang tahun 2075, lapor Insider Monkey dalam satu kajian dibuat pihaknya.

Menurut Insider Monkey, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka akan mencecah $4.05 trilion pada tahun tersebut untuk muncul sebagai ekonomi ke-16 terbesar di dunia.

Ekonomi Malaysia yang berorientasikan eksport dengan kekuatan dalam sektor elektronik, minyak sawit dan gas asli itu akan menyumbangkan kira-kira 1.25 peratus kepada KDNK global.

Manakala populasi penduduk Malaysia ketika itu juga dijangka akan mencecah sekitar 41.93 juta orang.

Lima negara yang bakal mempunyai ekonomi terbesar di dunia
Dalam pada itu, Insider Monkey juga menjangkakan China, India, Amerika Syarikat, Rusia dan Indonesia bakal menjadi lima negara ekonomi terbesar di dunia menjelang 2075.

KDNK China dengan kekuatan dalam sektor pembuatan, eksport dan pelaburan besar dalam pembangunan teknologi serta infrastruktur diunjur mencecah $66.16 trilion, menyumbang 20.39 peratus daripada ekonomi global.

Ketika ini, China telah pun mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar daripada segi pariti kuasa beli (PPP). Populasi China pula dijangka menyusut kepada 1.02 bilion orang pada tahun yang sama.

Sementara itu, India disenaraikan sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang 2075. KDNK India diramalkan mencecah $55.64 trilion dan menyumbang kira-kira 17.21 peratus daripada ekonomi global.

Manakala, penduduk India dijangka meningkat kepada 1.67 bilion orang, menjadikan India sebagai negara dengan populasi penduduk paling ramai di dunia.

Salah satu negara ASEAN turut berada dalam senarai ini
Seterusnya, Amerika Syarikat dijangka hanya mengisi posisi ketiga dalam senarai tersebut. Dengan KDNK diramal mencecah $36.32 trilion, negara itu akan menyumbang kira-kira 11.19 peratus kepada KDNK global menjelang 2075.

Manakala populasi Amerika Syarikat pula dijangka akan mencecah 389.39 juta orang pada tahun berkenaan.

Rusia pula diramal muncul sebagai negara keempat ekonomi keempat terbesar di dunia dengan memegang kira-kira 2.69 peratus KDNK global.

KDNK Rusia dijangka mencecah $8.73 trilion dan populasi penduduknya diramalkan mencapai 120.10 juta.

Indonesia yang berada di kedudukan kelima dijangka akan memegang 2.59 peratus bahagian ekonomi global menjelang 2075.

Insider Monkey melaporkan bahawa KDNK Indonesia diramal mencecah $8.39 trilion, manakala penduduk Indonesia dijangka mencapai 315.82 juta orang. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 12:57 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 15-7-2024 03:46 PM
Abahmung replied at 15-7-2024 11:35 AM
Malaysia Dijangka Muncul Ekonomi Ke-16 Terbesar Di Dunia Menjelang 2075 - Kajian
Bernama       13 ...

Bagus;ah jika impian indah itu tercapai .... tetapi ranking 16 tentu saja masih memalukan dan menjatuhkan maruah  untuk negara milik bangsa melayu mahawangsa dan juga sebagai penguasa alam melayu ... Bayangkan hinanya .... sebuah mahawangsa yang maha besar dan maha haibat dan seharusnya menjadi No.1 ...  tetapi kemudian malah diramalkan  jatuh ke ranking No. 16 ekonomi terbesar di dunia ...
  
Ingat ...  Proyeksi Ranking 16 dunia itupun dibuat dengan  asumsi dan persyaratan berikut ini terpenuhi ..

Negara Malayasia masih tetap Kekal  atau Exist ... X berpecah belah menjadi beberapa negara ... Kesultanan Tanah Melayu, Republik Sabah  dan Republik Sarawak ......

Tetapi sejujurnya .. saya meragukan Malaysia akan tetap utuh jika politik perkauman, racism, apartheid, nepotism, korupsi masih tetap kekal  dipertahankan .. Bibit-bibit dan tanda-tanda kehancuran itu muncul akibat perilaku teruk dan mentallity mlaysia sendiri  .....Hehehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 12-7-2024 09:11 PM
Yup...Penghapusan subsidi menghasilkan penghematan RM 11.5 billion ... tetapi upaya untuk menghapus  ...

bapak jangan kawatir bantuan tsunami Aceh uang nya dari hasil kasino....harap bapak sihat2 aja makan hasilnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasalah kerajaan sekarang ini hanya layak unyuk dibandingkan dengan kerajaan abahcow yakni zaman pandemik seluruh dunia, atau zaman atokkau 1997/1998 jah

Nak bandingkan zaman najib jauh sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 15-7-2024 12:57 PM
Bagus;ah jika impian indah itu tercapai .... tetapi ranking 16 tentu saja masih memalukan dan menja ...

Pakai jela id lama
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 21-7-2024 09:29 AM
8. Cirit berpenjana

Nick name terbaru Abahcow keww??
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.364880 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list