CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32983|Reply: 7

10 tahun menyepi, Pierre Andre janji tak hilang lagi… Mahu dikenali sebagai ‘King of Horror’

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:17 AM | Show all posts |Read mode


SELEPAS 10 tahun menyepi dari industri seni, pelakon dan pengarah Pierre Andre semakin terbiasa menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan.

Menurut Pierre atau Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, sepanjang ‘hilang’ dia banyak memberi tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan bersama isteri iaitu Siti Nur Hidayah Hashim.

Dalam masa sama pasangan ini juga lebih fokus membesarkan dua cahaya mereka.

"Dari seorang yang tahu tentang filem, saya berubah mengenali kain. Saya dan isteri ada pernigaan menjual pakaian dan saya juga ada lancarkan saluran YouTube sendiri. Jadi itulah yang saya lakukan sepanjang 10 tahun ini.

"Semakin lama kami merasakan lebih selesa hidup secara normal. Apabila keluar pun tidak ramai yang kenal. Itu juga antara sebab saya tidak mahu kembali dalam industri.

"Malah saya juga pernah terfikir tidak akan kembali lagi ke dalam industri. Selepas ini insya-Allah tak hilang lagi," katanya kepada mStar.

Pierre ditemui ketika tayangan trailer serta OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Pierre berkata, Jangan Pandang Belakang 2 juga adalah tanda kemunculan semulanya sebagai pengarah.

Pun begitu kata Pierre, dia hanya mahu membefi fokus kepada pengarahan filem genre seram dan berazam menjadi ‘King of Horror’.

    Pengalaman sebelum ini menjadikan saya lebih matang dan tenang
    PIERRE ANDRE
    PELAKON/PENGARAH

"Sebelum terlibat dalam filem ini saya ada sebuah lagi karya yang kini masih dalam proses pembikinan. Jadi saya anggap Jangan Pandang Belakang 2 adalah sebagai comeback dalam industri.

"Sepanjang hilang, saya banyak menonton filem terutama filem seram Indonesia. Kalau boleh apabila kembali ini saya mahu jadi King of Horror. Biarlah orang kenal saya dengan filem-filem seram.

"Jika dahulu saya terima apa sahaja tawaran. Kali ini selepas kembali saya mahu fokus. Jika ada tawaran genre lain mungkin saya akan tolak," ujar.

Bercakap tentang penglibatan dalam Jangan Pandang Belakang 2, kata Pierre antara cabaran besar yang ketika penggambaran adalah terpaksa berjauhan dengan dua orang cahaya matanya.

"Kesukaran di set rasanya tiada masalah. Pengalaman sebelum ini menjadikan saya lebih matang dan tenang.

"Cuma terpaksa berjauhan dengan anak-anak itu memberi sedikit tekanan. Saya rapat dengan anak-anak sejak mereka lahir. Rasa pelik apabila berjauhan," katanya.

Untuk rekod Pierre dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Aishah Andre, 8, dan Zehra Andre 2 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh pierre andre. Suka tgk watak dia dlm dunia baru dan gol n gincu, cool sangat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh please sangat Pierre.. Jangan cakap kosong saja ok!! Cite seram yang kau produce memang awesome & raw je rasa.. Kalau boleh try laa berkerjasama dengan si Joko Anwar tu.. X silap dia sekarang top producer/director tuk filem horror Indonesia wlupn banyak genre gak yg dia produce.. Bukan jenis Indo nye tipikal cite horror yg cliche/cringe & predictable level si Joko tu..
Ku menunggu comeback mu dalam dunia perfileman ok Pierre!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la hero filem paling tak hensem di Malaya.

Tapi zaman GnG dulu tercrush juga aku kat dia padehal punya la tak nsem. Cuma pembawaan watak dia sebagai Redza ka hapa nama tu, sangat menjadik buat aku crush kat Pierre ni on screen je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 27-7-2024 12:02 PM
DottieDot replied at 27-7-2024 11:21 AM
Eh please sangat Pierre.. Jangan cakap kosong saja ok!! Cite seram yang kau produce memang awesome & ...


Jauh level la sis si Joko tu...Pierre ni level Samsol Sop ja dari segi talent...Peberet filem aku dari si Joko ni, tetap la Janji Joni (sebab tak berani tengok filem seram dia). Gundala pun ok. Tengah tunggu sequel.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 08:00 PM
Jauh level la sis si Joko tu...Pierre ni level Samsol Sop ja dari segi talent...Peberet filem aku  ...

Ishh u ni pun supportive laa skit kan.. Mana laa tau last-last kualiti perfileman kita leh upgrade kalau si Pierre ni berkerjasama dgn si Joko tu.. Sebab raw vibe tu Pierre pun ada gak.. Wei rugi wei tak layan cite-cite horror dia haishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
DottieDot replied at 27-7-2024 12:34 PM
Ishh u ni pun supportive laa skit kan.. Mana laa tau last-last kualiti perfileman kita leh upgrade ...

Bukan tak supportive sis.

Tamau kasik false hope ja.

Bront tu kalau jadik direktor, rasanya boleh buat lebih baik dari Pierre.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-7-2024 08:43 PM
Bukan tak supportive sis.

Tamau kasik false hope ja.

Yang I tau Bront dia ada level/aura tersendiri kalau tuk lakonan je.. Tak tau pulak yang dia terlibat dalam producing, so xleh nak komen..

Ah p laa tengok Pengabdian Setan si Joko tu.. Bront kan ada dalam cite tu.. Encem dia bawak watak bapak-bapak dengan slang Indo gitu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.114863 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list