CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8834|Reply: 8

Nasi Goreng Seafood @ Stulang

[Copy link]
Post time 8-4-2011 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Aku memang penggemar makanan dan selalu rounding-rounding johor dan singapura untuk mencari tempat dan port makan yang best. Aku banyak come across review di blog 'JJCM' tentang bertapa enaknye nasi goreng seafood @ stulang (Jalan Stulang Laut 1). So aku pun pergi lah dengan harapan yang menggunung.
Nampak memang sangat menyelerakan, nasi goreng dimasak dengan kuantiti yang banyak di atas kuali papan (yang diorang selalu buat goreng burger) dan dibungkus dalam daun pisang, memang unique dan suatu yang lain dari yang lain.

Tapi, harapan berkecai bila aku suapkan nasi ke dalam mulut. Seriously, BIASA SAHAJA. Apa yang sedap sangat? Nasi goreng kicap dan dua ekor udang, telur dan beberapa keping sotong yang berharga RM6.

Tempat makan pun sangat sangat kotor, kalau korang pergi jangan lah duduk di sebelah belakang, lipas berterbangan dan boleh nampak tikus mondok keluar dari lobang lobang, memang fobia aku nak makan kat situ lagi.

Dan yang paling kurang enak adalah tukang masaknye sangat sangat biadap. Haritu aku nampak ada tiga orang india (rasanye dari singapore sebab tak pandai cakap melayu). India ni tukar tempat duduk sebab ada lipas terbang, then tukar sekali lagi ke tempat yang lain sebab ada lipas kat situ, tiba tiba tukang masak tu marah-marah depan orang ramai. So india tu pun takda tempat duduk (sebab tempat duduk dia sebelum ni diambil orang) lepas tu dia mintak cancel, and you know what? Tukang masak tu maki maki dia panggil dia pariah semua. Baguske?

At first aku diamkan sebab setahu aku, kalau tukang masak yang bagus memang garang, dan cakap ngan awek aku 'nasi goreng dia ni mesti sedap sebab tu dia boleh marah2 customer'. Tapi HAMPEH.

Lagi satu (pada hari yang sama) ada abang ni tanya makanan dia dah siap ke, tukang masak tu tiba tiba mengamuk cakap 'lu tunggu sahaja, makanan tak lari punya'.

Perghhh.....

Seriously nasi goreng dia biasa sahaja, tak sedap mana pun.

Rating 2/5.

Tak percaya, pergilah try.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 11:18 AM | Show all posts
Jalan Stulang Laut 1 tu dekat area mana??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 12:50 AM | Show all posts
kalo aku bg rating 0/5 trus..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 01:41 AM | Show all posts
dah sah2 tu kedai cina..yg kau g mkn tu sape suruh..kan byk lg kedai melayu...ntah halal ke x tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2011 01:55 AM | Show all posts
cuba membayangkan dimanakah gerai ini...... pic satu!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2011 04:21 PM | Show all posts
dekat belakang restoran zorro sana, aku tak tau asal banyak blog cakap sedap sangat, seriously overrated.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2011 01:48 PM | Show all posts
kedai nih dekat area kedai2 depan laut stulang kan??
mmg kotor...dan rasanya mmg bukan kedai melayu ISLAM.
tp serius...mmg ramai org melayu duk makan situ. ns grg/ikan bakar atas kuali leper...
dlu nilam duk stulang...tp xpenahlah makan situ.
xselera tgk tkg masak+persekitaran...
heran..napelah org berpusu2 duk makan situ...kalo malam,mmg penuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 02:07 PM | Show all posts
kedai nih dekat area kedai2 depan laut stulang kan??
mmg kotor...dan rasanya mmg bukan kedai melayu ...
nilam_puri82 Post at 11-4-2011 13:48



    sure ader jin 2 ekor dok jaga kedai tu..  
aku dh lama bebeno tk gi mkn situ
almost 5 years even aku ni dok pasir gudang je... ha3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2011 04:01 PM | Show all posts
takyah lah, nasi goreng paling sedap ialah kat singapore, singapore nak kata masakan dioran semua sedap (maybe sebab competition) .. tapi..ialah MAHAL. Tu pasal singaporean pun datang malaysia makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.075056 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list