CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7041|Reply: 13

[Jenayah] Pemeriksaan Tanda Harga Buku Menu, KPDN Mengeluarkan Notis Dan Amaran Keras Kepada Peniaga Nasi Goreng Sardin!

[Copy link]
Post time 15-8-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengambil tindakan segera selepas tular nasi goreng sardin naik harga sebanyak RM1.50 dalam masa sehari

Ia mula tular selepas seorang individu berkongsi di Facebook berkongsi dua resit harga yang memaparkan harga nasi goreng sardin yang dibelinya.

Difahamkan, pada awalnya dia hanya memakan nasi goreng sardin itu dengan harga RM7.80 pada 8 Ogos lalu.

Namun, pada keesokkan harinya dia memesan menu yang sama dan mendapati harganya sudah berbeza dan jauh lebih mahal iaitu RM9.30 pada 9 Ogos.

Pihak restoran telah diberi amaran keras untuk kemas kini tanda harga

Menurut sumber, KPDN WPKL dalam satu kenyataannya berkata, berdasarkan maklumat aduan membabitkan hantaran di media sosial sepasukan anggota telah digerakkan ke restoran terlibat pada Khamis.

Dalam kenyataan itu, tindakan berkenaan dibuat susulan dua resit pembelian nasi goreng sardin yang tular setelah dibeli dari sebuah restoran di Bandar Sri Permaisuri.

Pihak berkuasa KPDN telah mengadakan perjumpaan bersama penyelia restoran untuk membantu siasatan mengenai maklumat harga seperti yang dilaporkan.

"Menerusi pemeriksaan tanda harga pada buku menu di restoran tersebut mendapati harga bagi nasi goreng sardin ialah RM9, manakala caj RM0.30 bagi bungkusan dinyatakan dengan jelas dalam menu untuk makluman pelanggan.

"Manakala untuk pesanan dan makan di restoran, tiada caj lain dikenakan kecuali harga makanan sahaja termasuk tambahan caj SST sebanyak enam peratus," kata kenyataan itu.

Malah, notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat terhadap justifikasi perbezaan harga pada kedua-dua resit tersebut telah diserahkan kepada penyelia restoran untuk tindakan selanjutnya.

Tambah kenyataan itu, pihak restoran telah diberi amaran keras untuk sentiasa mengemas kini tanda harga agar pelanggan tidak keliru, selain sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

"Pihak restoran memohon maaf atas isu yang berlaku dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi membuat penjelasan atau sebarang perkara yang berbangkit," kata kenyataan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2024 10:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:26 PM | Show all posts
Amaran keras aje...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 15-8-2024 09:57 PM

Oh, restoran mamak ni.

Sedap ke sampai 2 hari berturut² menu sama?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
"  Pihak restoran memohon maaf atas isu yang berlaku dan bersedia untuk menghubungi pengadu bagi membuat penjelasan atau sebarang perkara yang berbangkit," kata kenyataan itu"

Penjelasan buat apa, gila?? Kasilah makan free sebulan ke, baru best Takut pegi jumpa mamak ni, lps ni kang sebelum hidang, semua pekerja dia ptuih sorang sikit Baik engkau lay low je takpayah tunjuk muka
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2024 01:05 PM | Show all posts
sedap pulak nasi goreng sardin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg menyampah bila ada kedai tambah caj bekas plastic tapau, klau mkn kedai harga lg murah....bingai betul la....yg mkn kt kedai tu pekedai kena cuci pinggan, caj air, sabun, upah pekerja bla bla lg mahal dari plastik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Round up still 10 hengget... mesti kenaikan ni sbb pekedai revise harga...

apa yang mahal nya 10 hengget??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-8-2024 09:52 AM
Round up still 10 hengget... mesti kenaikan ni sbb pekedai revise harga...

apa yang mahal nya 10 h ...


Bukan masalah mahal, lebih kepada naik harga xupdate dlm menu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 17-8-2024 03:40 PM
Bukan masalah mahal, lebih kepada naik harga xupdate dlm menu

Rasa cam resto owner tak sempat update je kan baru sehari... patut masa tengah byr tu cashier tu bgtau lah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-8-2024 05:49 PM
Rasa cam resto owner tak sempat update je kan baru sehari... patut masa tengah byr tu cashier tu b ...

Kalo pasaraya kedai2 runcit mane maunye ko xsmpt tuka harga
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 07:34 PM | Show all posts
People who litter around stores make it so that customers pay more for plastic containers; conversely, eating at the stores makes the dishes cost less. This is because the stores have to pay for water, soap, workers' salary, and other necessities geometry dash, making their food more expensive overall.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak der yg komen roti canai sardin naik harga banyak sebab biasanya roti canai tiada resit
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2024 06:22 PM | Show all posts
roti canai dikejarnya. kedai aceh merata2 kira barang pakai mesin timbang tu je, resit pun takde. tiap barang pun takde tampal sticker harga lepas timbang. takde pulak kena saman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.332572 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list