View: 41242|Reply: 12
|
Mekap Seperti Wanita, Makin Diterima Dan Diraikan!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@muiznazmii) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muiz menegur segelintir influencer yang semakin berani bersolek menyerupai golongan wanita.
Hal ini dikaitkan dengan sebuah majlis anugerah yang baru sahaja diadakan tidak lama sebelum ini.
“Aku perasan lelaki ni yang semakin (banyak) mekap dan berpakaian makin nampak macam perempuan. Yang kedua aku perasan influencer yang pond*n ni semakin lama semakin ramai.
“Aku boleh kata setiap hari aku scroll (media sosial) aku nampak yang baru. Adakah kita ni semakin menerima golongan macam ni? Kenapa dia orang ni makin diterima (masyarakat) dan mereka rasa okay untuk keluar macam tu?” tanya Muiz.
Jelas Muiz, golongan sebegitu sering dipulaukan oleh orang ramai sewaktu berada di alam persekolahan. Namun, Muiz menegaskan bahawa dia bukannya menggalakkan kelompok tersebut supaya dibuli, sebaliknya hanya untuk tidak diraikan.
“Aku ajak korang untuk tidak raikan dia orang ni. Kalau mereka keluar atau buat konten macam ni jangan raikan. Jangan engage, jangan komen, jangan like, jangan follow,” ujar Muiz.
Bukan Semua Lelaki Lembut Bersifat ‘Bapuk’
Tambah lelaki berkenaan, ramai sahaja lelaki bersifat lembut di luar sana tetapi tidak sampai tahap yang boleh digelar sebagai ‘bapuk’ iaitu terlalu menyerlahkan sisi keperempuanan.
“Kalau dia lembut, dia lembut je. Tak ada dia nak pakai baju macam perempuan. Tolonglah lepas ni kalau ada sesiapa yang nak menganjur event tolonglah keluarkan garis panduan tentang pemakaian setiap jantina.
“Aku bukan cakap benda pelik, aku cakap benda normal ni sebenarnya. Tetapi kenapa aku rasa macam aku cakap benda pelik?
“Kalau ada mana-mana pihak berwajib yang tangani isu ini, tolonglah ambil alih. Perkara ni makin serius. LGBT ni percayalah cakap aku, jangan la bagi dia ruang sikit pun untuk masuk.
“Korang tengok contoh negara dekat barat, apa yang jadi dekat dia orang? Hancur, dia orang punya kadar kesihatan seksual teruk. Masalah lain pun makin teruk. Apa nak jadilah Malaysia ni,” ujar Muiz lagi.
Ramai Setuju Segelintir Lelaki Semakin Berani Menyerupai Perempuan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat bersetuju dengan pandangan Muiz. Ada yang berkata ramai di kalangan pengguna media sosial turut mempertahankan para lelaki yang menyerupai wanita.
“Ramai yang galakkan dan back up geng LGBT,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa ideologi golongan ini semakin meresap masuk dalam komuniti Islam.
“Betul bang. Kita tak sedar LGBT ni masuk secara perlahan dalam pemikiran kita. Sebab mengangkat influencer jadi idola,” jelas seorang individu.
Sementara itu, ada juga yang berkata orang ramai tidak boleh menegakkan benang yang basah.
“Semakin berani tampilkan diri puak-puak ni. Bila ditegur kata tu watak dalam media sosial je. Apa pun alasan, haram tetap haram menyerupai jantina lain,” kata seorang lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni retis ke sampai boleh ade benang kat sini?! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 17-8-2024 10:08 PM
msia bolehhhhhh
mmg dh mkin laghaaaaa msia niiiiii
jenayah lgbt smbng mahram
u name it
all da best lahh
kami achik2 kertu F pun koi2 la nk mnggalkan almfana
mana kami leh nasihat,kami nasihat
walaupun.....
korng pndai2 la take over malaya ni nnti |
|
|
|
|
|
|
|
meols geli tgk ttokers yg juai make up, dan pkai make up tsebut konon2 sb tester. siap bermisai pulak tu. selamat la meols dah block. view dia byk pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg byk sokong pon prempuan. Patut ler ramai dlm nuraka. Xpaham aku pompuan yg sokong ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah selamat beberapa ekor ticktokers
yang bermisai tp jual mekap siap bermekap bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg nama bonda tu..yg misai sejemput buat mekap tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi betul jugak sibuk nak lelaki mekap kan. Tolonggglah ambil MUA Perempuan sebab hanya perempuan yang faham nafsu perempuan dalam kecantikkan. Kelembutan make up tu. Dah kalau MUA Lelaki nak pulak ikut taste nonok2. Review tiktok pun sibukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk yang berbulu di muka nak review. Kulit lelaki dengan wanita tak sama kot. Tapi tu la ada perempuan kan suka validation lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada misaiiiii disebalik pondesen.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup, kita jgn normalisasikan benda yg salah..kita mesti ada tanggungjawab pada moral anak2 kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|