Ainul duduk di bahagian pemandu kereta Perodua Aruz yang dimenanginya. - Gambar UKAS
KUCHING: Pemenang cabutan bertuah sempena perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, adik Ainul Mardiah Hirizuan, 5, menerima hadiah utama sebuah kereta Perodua Aruz, hari ini.
Hadiah disampaikan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee di Pusat Jualan Perodua di sini.
Menurut Samuel, segmen cabutan bertuah adalah tanda penghargaan kerajaan negeri kepada masyarakat atas sokongan dalam penganjuran temasya sukan itu.
"Ini adalah salah satu strategi penganjur untuk menggalakkan sokongan orang awam terhadap SUKMA 2024 dengan hadiah utama berupa sebuah Perodua Aruz," katanya.
Ainul menerima kunci kereta Perodua Aruz daripada Samuel. Turut kelihatan Chin (kiri) dan Pan. - Gambar UKAS
Hadir sama Pengarah Pusat Jualan Vendoria Perodua Pan Hai Lung dan Pengurus Jualan Perodua Dave Chin.
Kereta Perodua Aruz itu merupakan tajaan Jawatankuasa SUKMA XXI Sarawak 2024 sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu rakyat dalam menjayakan temasya sukan terbabit.
Sementara itu, ibu kepada pemenang cilik itu, Nor Hapisza menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas pemberian hadiah yang dianggap sangat bermakna untuk keluarganya.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/08/24/adik-ainul-mardiah-5-terima-perodua-aruz-selaku-pemenang-cabutan-bertuah-perasmian-sukma
|