View: 22142|Reply: 11
|
DUN Kedah: Kedah masih harap dapat eksport ketum - “Di Jerman mereka namakan sebagai kratum dan dibotol itu ditulis sebagai ‘Malay product’
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Kedah masih menaruh harapan agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan cadangan untuk membenarkan eksport daun ketum ke luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab. Ghani berkata, perkara tersebut dibangkitkan semasa mesyuarat dengan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, baru-baru ini.
Kata beliau, sudah tiba masa eksport ketum dibenarkan berikutan potensi besar bahan itu sebagai produk perubatan di pasaran antarabangsa.
“Walau bagaimanapun, ia terletak kepada persetujuan Kerajaan Pusat. Baru-baru ini kita buat perjumpaan dengan semua exco pertanian dari seluruh negeri bersama dengan Menteri Perladangan dan Komoditi.
“Dalam mesyuarat itu dibangkitkan semula mengenai daun ketum dan menteri ambil maklum. Insya-Allah akan dibincang secara halus untuk kita bolehkan tanaman ini jadi hasil pendapatan kerana pasarannya besar,” katanya.
Dzowahir (PN-Suka Menanti) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muhamad Amri Wahab (PN-Derga) pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.
Muhamad Amri bertanya adakah kerajaan negeri bersetuju menjadikan daun ketum sebagai sumber pendapatan dengan mengeksport bahan itu memandangkan Thailand membenarkan penggunaan ketum sebagai rawatan herba.
Mengulas lanjut, kata Dzowahir, ketum kini bukan sahaja digunakan di Thailand, malah Jerman turut menjadikan tanaman itu sebagai produk perubatan.
“Di Jerman mereka namakan sebagai kratum dan dibotol itu ditulis sebagai ‘Malay product’.
“Jadi saya ambil kesempatan ini agar kerajaan ambil serius potensi ketum, sekiranya dapat diusahakan secara terkawal bukan sahaja untuk manfaat pendapatan rakyat tapi perubatan untuk orang ramai,” tambahnya.
Pada November 2022, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Kedah akan meneruskan usaha mendapatkan kebenaran mengeksport daun ketum ke Thailand secara sah daripada Kerajaan Persekutuan bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat di negeri ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri yakin usaha itu akan dapat direalisasikan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ketika itu.
Muhammad Sanusi dengan nada berseloroh turut yakin ramai penduduk di Kedah boleh menjadi jutawan sekiranya daun ketum dibenarkan untuk eksport.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Nak juga nama Malay dia tu konon marketable and valuable....macam selevel nama Thai, Japan, Italy, Scandinavia etc |
|
|
|
|
|
|
|
Ketum ni kira illegal kan kat malaysia? Boleh pulak nak diexport? Kalau dah illegal tu to me kira tak boleh la juga dijual kalau camtu kira jadi tokan la kan. Ubat tak ubat, ganja tu pun ubat gak kat sesetengah negara. Desperate sangat ke kedah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke fight dengan cara yang lebih berkesan dari merayu2 rintih?
beberapa organisasi bebas buktikan manfaat berkait dengan perubatan/etc.
cari dos yang elak ketagih dan mudarat (sebab ni alasan di haramkan) ..
boleh tak fight dengan cara betul? kalau tak mampu berfikir, cari orang/organisasi yang boleh fight kan.
niat ketum sebagai manfaat perubatan VS niat ketum sebagai sumber kekayaan. |
|
|
|
|
|
|
|
arak boleh pulak import eksport . ketum ni klu komersial kan jadi mcm teh. eksport daun yang dah kering tu. should be fine for consumption. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je benefit ketum ni dlm perubatan, boleh bc banyak research journal. Kalau kat kg pun org lama2 ni minum seminggu dua kali je. Yang masalahnya yg salah guna. Sbb yg salah guna ni buatkan ketum ni jd illegal. Nak senang haramkan terus. Tp yg kelakarnya vape, rokok n arak sah2 memudaratkan n menyebabkan ketagihan boleh je dijual secara terbuka. Ntahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
just set to be taxable product
settle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah di Malaysia ni dipimpin oleh golongan tua yg tak reti ambil peluang. Dasar lapuk kena diubah |
|
|
|
|
|
|
|
Notificationlol replied at 27-8-2024 01:17 PM
Banyak je benefit ketum ni dlm perubatan, boleh bc banyak research journal. Kalau kat kg pun org lam ...
Kannn... Ak ada terbaca ada perawat yg tlg ubatkan org yg sakit cancer pakai daun ketum and dia punye pesakit dr org2 biasa sampai ke vvip tp dia kn tangkap and kn hukum gantung.. Ms perbicaraaan ramai pesakit2. Dia trun bg keterangan..
Klu ketum ni kite ctrl pengeluaran and penggunaannya ak rase okey je.. Blum lg ada org mati kene langgar ngn org mabuk ketum |
|
|
|
|
|
|
|
Student sekolah aku kena tangkap minggu ni atas tuduhan memproses dan menjual ketum.
Hoho. |
|
|
|
|
|
|
| |
|