CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9745|Reply: 0

[Sarawak] 72 finalis bersaing rebut pelbagai kategori Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim bersama yang lain menunjukkan poster Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) Edisi Ke-9 hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Seramai 72 finalis akan bersaing merebut pelbagai kategori untuk Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) Edisi Ke-9 yang dijadualkan pada 27 September depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terdapat lapan kategori anugerah utama dan 27 subkategori yang akan ditampilkan pada acara tersebut.

“Mereka (finalis) akan bersaing merebut lapan anugerah kategori utama iaitu Pelancong dan Pemandu Pelancong Operator Pelancong Terbaik, Penginapan Terbaik, Pengalaman Makan Terbaik, Peruncitan dan Rekreasi Terbaik, Pelancongan Minat Khas Terbaik, Pengalaman Tarikan Terbaik, Promosi Terbaik dan Sumbangan Media Sosial Kepada Industri Pelancongan, Pengalaman Acara dan Festival Pelancongan Terbaik dan Anugerah Khas Kenyalang.

“Begitu juga dengan 27 subkategori lain yang mana pemenang bagi setiap kategori akan menerima insentif wang tunai RM5,000, insentif pemasaran RM3,000 berserta trofi.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media SHTA Ke-9 bertemakan ‘Wind of Resilience’ anjuran Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) dan Persekutuan Pelancongan Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, tujuan SHTA diadakan untuk mengiktiraf usaha individu dan organisasi dari 2019 hingga 2023 dalam pertumbuhan dan pembangunan pelancongan di rantau ini.

Katanya, ia bukan sahaja akan menyerlahkan pencapaian dalam sektor seperti hospitaliti, ekopelancongan, dan pemeliharaan budaya tetapi berfungsi sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada inovasi serta kecemerlangan berterusan.

Edisi kali ini juga katanya, menyaksikan dua anugerah khas akan disampaikan iaitu Anugerah Pengiktirafan Khas untuk sumbangan semasa COVID-19 dan Anugerah Kenyalang Khas bagi Pelancongan Bertanggungjawab.

“Penghormatan ini diberikan bagi meraikan daya tahan dan inovasi yang telah membentuk sektor pelancongan Sarawak.

“Selain itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan Anugerah Special Hornbill Lifetime Achievement bagi mengiktiraf individu yang memberikan sumbangan besar kepada industri pelancongan Sarawak,” ujar beliau.

Difahamkan, SHTA tahun ini telah menerima 241 penyertaan setakat 10 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 72 finalis dipilih oleh juri untuk merebut anugerah tersebut yang akan disempurnakan oleh Abang Johari di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036038 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list