Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diketuai Misnu (empat kiri) mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi. - Gambar UKAS
KUCHING: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Mukah bakal dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Tun Wan Junaidi dijadualkan hadir bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada majlis tersebut. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, majlis itu diadakan pada 16 September nanti.
“Tadi saya telah menghadap Yang di-Pertua Negeri berhubung jemputan kami untuk beliau hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan di Mukah pada tahun ini dan beliau juga telah bersetuju untuk hadir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi bersama rombongan Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Astana Negeri hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telian Royston Valentine dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.
|