CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12497|Reply: 0

[Sarawak] KPDN pertimbang cadangan membenarkan kenderaan Brunei beli petrol RON95 di Miri

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode


Armizan semasa mempengerusikan mesyuarat bersama para pemimpin di Miri hari ini.

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mempertimbang cadangan membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran Brunei membeli petrol RON95 bersubsidi dari stesen minyak di sini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada Kementerian Kewangan dalam satu sesi perbincangan dalam masa terdekat.

"Kita akan memperhalusi cadangan ini dengan melihat data-data tertentu dan pada masa sama mengambil kira bekalan petrol RON97 di Sarawak khususnya di Miri.

"(Kita juga akan melihat) kawasan tumpuan pelawat atau pelancong dari Burnei untuk menentukan sama ada terdapat masalah bekalan RON97 di kawasan itu," katanya kepada pemberita semasa mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin tempatan di pejabat KPDN Miri semalam.

Menurut Armizan, terdapat cadangan KPDN mempertimbang membenarkan kenderaan dengan nombor pendaftaran Brunei membeli RON95.

Walhal katanya, polisi semasa hanya membenarkan semua kenderaan berdaftar asing mengisi minyak RON97 di semua stesen minyak seluruh negeri.

"Alasan (cadangan itu) adalah kerana harga subsidi RON95 di Brunei dijual pada harga jauh lebih murah berbanding kita.

Justeru, tidak akan timbul isu penyeludupan diesel," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua kenderaan asing dibenarkan mengisi petrol di stesen-stesen minyak di seluruh Sarawak dengan maksimum 20 liter.

Bagaimanapun katanya, jika radius melebihi 30 kilometer maka tiada sekatan ke atas jumlah maksimum mengisi minyak dengan syarat ia hanya diisi ke dalam tangki kenderaan mereka.

Baru-baru ini, konvoi dari Brunei mengambil bahagian dalam kembara di sini menyebarkan di media sosial, mereka menghadapi kesukaran mengisi minyak diesel kerana stesen minyak di sini enggan menjual diesel kepada kenderaan berdaftar asing.

Jelasnya, ia adalah salah faham pengusaha stesen minyak terbabit mengenai penjualan diesel kepada kenderaan asing.

"Jadi, sebenarnya tidak ada isu langsung berhubung kenderaan asing tidak dibenarkan mengisi minyak diesel di seluruh Sarawak," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.361053 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list