CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17562|Reply: 0

[Sarawak] Pertahan kemerdekaan demi pembangunan berterusan

[Copy link]
Post time 27-8-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode


Henry (depan, empat kiri) bersama yang lain pada Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Gelanggang Arena Lawas hari ini.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata kemerdekaan yang dikecapi negara kini perlu dipertahankan bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan termasuk di Lawas.

Beliau berkata, kemerdekaan yang ada membolehkan kerajaan terus melaksanakan dasar pembangunan termasuk di Lawas.

Antaranya kata beliau, pembinaan lapangan terbang, pelabuhan laut dalam di Pulau Sari dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Hari ini kita juga memperingati Malaysia yang telah mencapai 67 tahun merdeka, pastinya bukan perkara mudah kita melalui banyak rintangan, halangan dan terdahulunya ada peperangan.

“Kita telah mencapai apa yang dihasratkan iaitu kemerdekaan, oleh itu seluruh rakyat haruslah bangga dan mempertahankan kesepaduan bangsa kerana jika dibanding dengan usia manusia, ia suatu tempoh kematangan bagi rakyat dan negara,” ujarnya semasa merasmikan Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Gelanggang Arena, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latip, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber Sri Kestury Mohammed Zamhari dan Temenggung Rosli Majid.

Henry Sum berkata lagi, KMJG 2024 yang diadakan Jabatan Penerangan (JAPEN) sehingga ke kawasan luar jangkau seperti pedalaman bertujuan memperingati peristiwa kemerdekaan yang harus sentiasa berada dalam keadaan baik dan aman damai.

Terdahulu Sri Kestury menjelaskan JAPEN Sarawak mengadakan konvoi KMJG secara berperingkat melibatkan tiga fasa kerana memberi laluan kepada penglibatan jabatan dalam tugasan SUKMA Sarawak 2024.

“Penyertaan kali ini melibatkan lapan buah kenderaan JAPEN Sarawak bersama 34 orang peserta,” katanya.

Konvoi KMJG 2024 dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu merentasi 24 perhentian dengan perjalanan sejauh lebih kurang 4,025 kilometer (km) bermula dari Telok Melano sehinggalah ke Lawas dan akan berpatah balik ke Sibu pada 31 Ogos ini untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak di sana.

Di setiap perhentian, konvoi KMJG menganjurkan pengisian program seperti Program Merdeka@Komuniti/Merdeka@Parlimen, persembahan PENTARAMA dan simbolik penyerahan Jalur Gemilang.

Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran masyarakat akan erti kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Malah, JAPEN memberi fokus dan tumpuan kepada komuniti setempat (Komuniti MADANI) supaya usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2024 ini terus menyelusuri denyut nadi komuniti di peringkat akar umbi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.342398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list