View: 20446|Reply: 3
|
Gambar tular Jalur Gemilang terbalik di (SJKC) di Bukit Tambun diulang siar- polis
[Copy link]
|
|
NIBONG TEBAL: Polis meminta semua pihak berhenti dari memanipulasikan gambar tular yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Chong Boo Khim, berkata ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.
Katanya, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 2020 dan gambar tular berkenaan diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, tindakan memuat naik semula gambar itu boleh menyebabkan kekeliruan dan secara tidak langsung mencetuskan isu perkauman dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.
"Terdahulu, polis terkesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah.
"Hasil siasatan mendapati kes itu berlaku di sebuah SJKC pada 2020 yang kemudian ia diulang siar oleh individu tidak bertanggungjawab.
"Kita menasihati orang ramai supaya tidak memanipulasi kes tular ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Boo Khim berkata, orang ramai diminta mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan tidak sesekali menyebarkan maklumat tidak tepat.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
cerita yang sama setiap tahun bila sampai bulan yang sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Garis panduan pasang bendera setiap tahun ada. Masih jugak jadi. What a silly mistake |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 30-8-2024 04:44 AM
cerita yang sama setiap tahun bila sampai bulan yang sama..
Kalau takde cerita baru kita ulang tayang cerita lama. Ini semua salah DAP.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|