CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26988|Reply: 3

[Tempatan] Durian kampung pula ke China selepas ini, kata Mat Sabu

[Copy link]
Post time 28-8-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Durian kampung pula ke China selepas ini

https://www.freemalaysiatoday.co ... -china-selepas-ini/

Mohd Farhan Darwis
27 Aug 2024, 05:08 PM


Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan akan dipertanggungjawabkan menjadi ejen pengumpulan durian kampung sebelum dihantar ke China jika perbincangan berjaya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang mengadakan perbincangan bersama wakil syarikat China bagi membolehkan durian kampung dieksport ke negara itu.

PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu menyasarkan Malaysia mengeksport durian kampung ke China selepas dua kargo durian premium segar berjaya dihantar ke negara itu.

Katanya, sehubungan itu pihaknya sedang mengadakan perbincangan teliti bersama wakil syarikat dari China bagi membolehkan pekebun durian kecil-kecilan turut menikmati hasil pulangan eksport raja buah tersebut.

“Dalam perbincangan, saya minta bukan hanya durian premium termasuk durian kampung. Mereka (syarikat China) dah kaji supaya kita letakkan kategori kedua, kalau durian kampung dapat dipasarkan mungkin harganya sedikit berbeza, ia dapat membantu penanam durian skala kecil di kampung-kampung.

Nak kata dah lulus belum, masih di peringkat perbincangan insentif, katanya selepas majlis pelancaran strategi organisasi antirasuah (OACS) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Mohamad berkata, jika berjaya Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan dipertanggungjawabkan menjadi ejen pengumpulan durian berkenaan sebelum dihantar ke China.

“Fama, LPP kalau dapat itu diusahakan mereka akan main peranan kumpul segera. Misalnya kutip dari Bukit Gantang, nak sampai KLIA lima jam, dalam masa tak sampai 40 jam durian segar dah sampai ke China.

Durian Malaysia begitu mendapat sambutan, jadi kita cuba untuk musim akan datang supaya orang kampung dapat menikmati hasil jualan, katanya.

Durian segar dari Malaysia mula dijual di beberapa wilayah di China seperti Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guanzhou, Shenzen dan Nanning hari ini selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) pada 19 Jun lalu.

Sebelum ini, eksport durian Malaysia ke China hanya dalam bentuk biji dan ulas sejuk beku, pes serta produk agromakanan.

Prestasi eksport durian negara dalam tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022 melonjak 256.3% atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta dengan kementerian menyasarkan nilai tersebut bertambah menjadi RM1.8 bilion menjelang 2030.

Pada 2022, eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat RM1.14 bilion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 10:39 AM | Show all posts
sebab tu la bangkem cakap mat sabu paling layak jadi PM11
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik ler..durian kampung bukan sedap pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
apa² kaitan dengan china patut dibanggakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.221808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list