CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11196|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki halang, cederakan anggota polis dipenjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini setelah disabitkan atas dua pertuduhan iaitu menghalang seorang pegawai polis daripada menjalankan tugas dan mencederakan seorang anggota polis.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Jojet Wendi Andam, 29, dari Desa Senadin di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menghalang seorang penjawat awam, Inspektor Syahrizan Taha daripada menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai polis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.50 malam, 28 Julai lalu di sebuah lot yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan syarikat pembungkusan di Desa Senadin di sini.

Selain itu, tertuduh juga telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja telah mencederakan Konstabel Muhammad Nur Iman Mohd Saifullah.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan, manakala bagi kesalahan kedua tertuduh dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara sembilan bulan selepas mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada 1 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.392634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list