CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37760|Reply: 3

[Tempatan] KL di kedudukan ke-93 Kluster Sains dan Teknologi

[Copy link]
Post time 29-8-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode
KL di kedudukan ke-93 Kluster Sains dan Teknologi

https://www.kosmo.com.my/2024/08 ... ains-dan-teknologi/

Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
29 Ogos 2024, 3:46 pm


GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur di kedudukan ke-93 dalam tempat 100 teratas bagi Kluster Sains dan Teknologi, menurut Indeks Inovasi Global (GII) 2024 diterbitkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ini merupakan pencapaian besar untuk Malaysia di peringkat inovasi global dan di hadapan beberapa kluster ekonomi utama yang lain.

Katanya, GII ialah penanda aras yang menyenaraikan kluster ekonomi berdasarkan keupayaan inovasi dengan penekanan antaranya melibatkan kluster Sains dan Teknologi (S&T).

“Penyertaan Kuala Lumpur dalam 100 teratas menunjukkan keupayaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam bidang penyelidikan saintifik dan kemajuan teknologi,” katanya hari ini.

Metodologi penilaian GII tidak mengambil kira sempadan pentadbiran atau politik, sebaliknya menumpukan kepada kawasan geografi dengan jumlah kepadatan tinggi pereka cipta inovasi dan kajian saintifik.

Katanya, lonjakan Kuala Lumpur dalam senarai berprestij ini juga dicapai melalui peningkatan ketepatan geokod dengan penyumbang utama penglibatan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia (MIMOS).

“Universiti Malaya turut diiktiraf sebagai organisasi penerbitan utama, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab inovasi saintifik dan teknologi,” katanya.

Dalam usaha Malaysia menekankan aspek penyelidikan dan pembangunan, pencapaian katanya, ini membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, menarik pelaburan, dan menggalakkan pertumbuhan yang berterusan dalam sektor sains dan teknologi negara.

Armizan berkata, pihaknya komited untuk menyokong usaha-usaha ini demi memastikan ekosistem inovasi Malaysia terus berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara.

“KPDN, melalui agensinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan, dan pemain industri dalam sektor-sektor berpotensi seperti Elektronik dan Elektrik (E&E), Teknologi dan Inovasi, Pelancongan,
Makanan dan Minuman, serta Industri Kreatif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 07:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Better malaysia pandang bangluru... Depa mendonia sekarang... Dahulu tokdet buat technology park orang politic juga pegang... Robotic itu semua diam saja... Sudah lama if tidak boleh join... korea... Japan and china... Cyberjaya mahu jadi SV... Tetapi politic anti amerika... Aku tidak pasti jadi apa sekarang...
Memang ramai malaysia pandang ke UK system... Unfortunately oxford and Cambridge startup community pun jual patent kepada US mnc... UK negara maju bukan technology industry.... Sunak mahu develop minta tolong tech/techie dari india.. Kena condemn dengan british sendiri... Acik forum saja goreng kuat backup UK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041413 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list