CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37272|Reply: 3

[Tempatan] Elaun pegawai perubatan ‘on-call’ dinaikkan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Elaun pegawai perubatan ‘on-call’ dinaikkan

https://www.kosmo.com.my/2024/08 ... -on-call-dinaikkan/

Oleh Marlia Zakaria
29 Ogos 2024, 5:58 pm


Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semakan semula kenaikan elaun pegawai pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ telah diluluskan mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun kadar kenaikan elaun tersebut dijangka diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

“Memang kita sudah maklumkan kepada Kabinet. Kita sudah dapat maklum balas positif daripada Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan. Cuma, kita menantikan amaunnya.

“Jawapannya adalah ya (permohonan semakan elaun on-call diluluskan), keputusan sudah dibuat. Kalau amaun, kita kena tunggu masa bajet (Belanjawan 2025),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek MyGenom, di sini hari ini.


Dzulkefly (dua kanan) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (dua kiri) melancarkan MyGenom di Institut Kesihatan Negara, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI

Dzulkefly berkata, komitmen itu juga dibuat berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kebajikan penjawat awam khususnya petugas perubatan.

“Apabila Kabinet luluskan, ia akan dilaksanakan. Banyak dokumen dan rang undang-undang, kita akan buat berdasarkan perancangan. Kami (menteri) sebagai anggota kabinet komited dan sejurus dapat komitmen daripada Kabinet, kita akan laksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, Dzulkefly dilapor menyokong cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas ‘on call’ dan diangkat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangankan kelulusannya.

HDK sebelum ini menyatakan, semakan elaun doktor bertugas dalam panggilan perlu diselaraskan sejajar dengan penyelarasan gaji yang dilaksanakan bagi kakitangan awam seperti diumum Perdana Menteri.

Ini memandangkan kadar elaun berkenaan tidak disemak selama lebih sedekad, dengan kali terakhir disemak pada 2012.

Seterusnya, tidak lagi mencukupi memandangkan peningkatan tanggungjawab dan tekanan inflasi yang dihadapi oleh profesional perubatan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 06:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sangat kadar elaun medical practitioner dinaikkan.

Jauh bertiang swasta vs kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.084119 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list