View: 26078|Reply: 13
|
Kesan kepada tubuh jika makan daging babi kurang masak
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Kesan buruk akibat tabiat memakan daging babi kurang masak didedahkan menerusi mesin imbasan badan, menunjukkan badan pesakit dipenuhi cacing parasit, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Seorang doktor dari Universiti Florida, Sam Ghali menggunakan media sosial untuk berkongsi imej seorang pesakit mempunyai tanda-tanda jangkitan parasit dinamakan sistiserkosis.
Sistiserkosis berlaku apabila larva spesies cacing pita memasuki tisu dan organ manusia seperti otot atau otak.
Ia juga membentuk sista atau ‘cyst’ keras yang berasa seperti ketulan di bawah kulit berdasarkan kepada imbasan perubatan.
Walaupun tidak menyenangkan, pada kebiasaannya, ia tidak berbahaya kerana sista mengandungi larva cacing itu tidak dapat hidup di luar usus.
Bagaimanapun, sista boleh menyebabkan masalah jika ia berkembang di dalam otak.
Cacing pita yang menjadi punca jangkitan itu memasuki tubuh manusia melalui telurnya.
Telur ini boleh didapati dalam daging babi yang kurang masak dan boleh berkembang menjadi cacing pita dewasa di dalam usus manusia, namun ia tidak mengakibatkan sistiserkosis secara langsung.
Sebaliknya, sistiserkosis berlaku apabila orang yang dijangkiti menyebarkan telur cacing pita kepada individu lain melalui najis mereka.
Menulis di laman X, Ghali berkata: “Adalah sangat penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya apabila telur ini dihadam melalui mulut dan menjadi najis, seseorang boleh mengalami sindrom klinikal yang dikenali sebagai sistiserkosis.”
Penularan ini berlaku terutamanya melalui orang yang dijangkiti tidak mencuci tangan dengan betul selepas menggunakan tandas.
Menurutnya, cacing pita yang membentuk sista hanya terkandung dalam daging babi.
Kata Ghali, adalah penting tidak memakan daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna (orang bukan Islam) dan menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan kerana pembawa sista ini boleh menjangkiti orang lain. – AGENSI
Sumber – KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tanya? bah kut teh yg nk diangkat sbg makanan warisan negara tu...dibuat dari babi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 30-8-2024 02:54 PM
Boleh tanya? bah kut teh yg nk diangkat sbg makanan warisan negara tu...dibuat dari babi ker?
Biasanya memang daging babi tapi tak semestinya. Ada yang vegetarian, ada yang daging lembu, ayam, kambing, ikan. Macam yang Bro Firdaus Wong masak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak masak macam half cook cuba guna cara masak kukus.
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 30-8-2024 02:57 PM
Kalau nak masak macam half cook cuba guna cara masak kukus.
X… sebenarnya depa ni mmg nak ternak cacing dlm badan. Daging bab* tu kalau masak pon hidup lg cacing nya, inikan makan mentah
Lagi satu menu darah bab* beku tu. Lagi x faham depa kata sedap. Bkn menu caines je, mcm2 bangsa pon ada menu ni. Makan darah haiwan tu bawa mudarat, ni kan darah bab* |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 30-8-2024 03:08 PM
SalenaGomez replied at 30-8-2024 03:02 PM
X… sebenarnya depa ni mmg nak ternak cacing dlm badan. Daging bab* tu kalau masak pon hidup lg ca ...
Meols ada ternak lembu...memang kitorang bagi ternakan ubat cacing brand Bayer tu untuk lembu.
2 biji untuk 2 hari harga pun mahal RM12 sebiji.
Garam jilat pun guna yang jenis ada ubat cacing..import dari Turkiye.
Cacing ternakan ni boleh hidup kat hati dan paru paru bukan usus je. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 30-8-2024 02:56 PM
Biasanya memang daging babi tapi tak semestinya. Ada yang vegetarian, ada yang daging lembu, ayam, ...
Biasanya daging babi but ada gak yg lain rupanya. Tq dgn infonya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu pernah jumpa sorang cine ni dkt hospital kena warded for few days, aku tanyalah kenapa.. dia cakap pasal sakit perut, sbb banyak sangat makan daging babi..
then, no further question asked |
|
|
|
|
|
|
|
Akak antara orang melayu yang biasa makan daging babi sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 30-8-2024 06:54 AM
Boleh tanya? bah kut teh yg nk diangkat sbg makanan warisan negara tu...dibuat dari babi ker?
Ba = babi
Kalau nak buat guna ayam, tukar nama jadik chi kut teh.
Chi (ji) = ayam
Tu memang makanan invented kat Malaysia pun. Original old Klang recipe. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau makan ikan mentah pun boleh jadik gini dol. Or ayam mentah. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 30-8-2024 07:02 AM
X… sebenarnya depa ni mmg nak ternak cacing dlm badan. Daging bab* tu kalau masak pon hidup lg ca ...
Cer makan laksa kari hado kiub (gelatin) darah babi. Baru tau sedapnya gimana compared to laksa biasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|