CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33108|Reply: 3

[Tempatan] Firma India labur RM4.32 bilion,bina taman, studio filem AI pertama Malaysia

[Copy link]
Post time 30-8-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Firma India labur RM4.32 bilion bangun taman AI pertama Malaysia
Oleh Alzahrin Alias - Ogos 29, 2024
[email protected]


Gobind (tiga dari kiri) mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan Eros Investments Group - Gambar ihsan Kementerian Digital


KUALA LUMPUR: Eros Investments Group, firma pelaburan India akan melabur AS$1 bilion (RM4.32 bilion) di Malaysia untuk membangunkan taman kecerdasan buatan (AI) dan studio filem AI yang pertama di negara ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, hasrat Eros dan anak syarikatnya, Immerso AI-IP itu dijangka membabitkan pelaburan bernilai tinggi dengan potensi mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, Taman Immerso AI juga akan merangkumi sebuah universiti AI dan pusat data AI, sekali gus dapat mendorong kerjasama global untuk menyokong syarikat pemula tempatan.

Katanya, studio filem AI dan hab bandar filem akan meningkatkan kemahiran bakat dalam transmedia serta produksi digital di Malaysia.


Usaha itu juga, katanya akan mengenal pasti peluang untuk memasukkan kandungan Malaysia ke dalam harta intelek (IP) syarikat yang sedia ada dan yang baharu.

"Ketika lawatan ke New Delhi baru-baru ini, saya mengadakan pertemuan dengan kepimpinan utama Eros dan Immerso. Dalam pertemuan itu, mereka menyatakan hasrat untuk berkembang ke Malaysia.

"Selain itu, melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Nasscom, bakat tempatan akan dilatih dalam beberapa bidang utama dalam sfera digital, iaitu AI Generatif, keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi generasi seterusnya," katanya dalam satu kenyataansenakan.

Gobind berkata, pelaburan dalam sektor kandungan digital negara meningkat kepada RM1.6 bilion tahun lalu daripada RM550 juta pada 2022, melalui inisiatif Malaysia Digital oleh MDEC.

"Lawatan Kementerian Digital ke New Delhi telah membuka peluang baharu, dan saya menantikan pelaburan ini yang akan menyumbang kepada ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang," katanya.

Perdagangan antara Malaysia dan India mencecah RM72.31 bilion pada 2023, mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh kedua-dua negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada acik2 terkejut bukan ka India ni miskin dan mundur katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 12:35 PM | Show all posts
ramai pelakon porno dtg dr India
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 01:33 PM | Show all posts
Gobind singh ni semenjak dia pegang kementerian digital diam2 je dia buat keja sbbb tak semua perasaan apa benda yg berlaku kat kementerian digital ni. Nomad ramai masuk msia sbb blh dpt visa nomad 2 tahun. Ramai zmn skrg org jadi nomad seluroh donia. Ni mcm tampung industri pelancongan bagi aku. Bijak dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.047336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list