CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46313|Reply: 1

[Tempatan] Mendapat Pengampunan Sempena Hari Kebangsaan Ke-67

[Copy link]
Post time 31-8-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Seremban: Tanggal 31 Ogos bukan saja Hari Kebangsaan buat seorang banduan dikenali sebagai Teck, 52, malah tarikh bermakna itu akan diingatinya sampai bila-bila selepas mendapat pembebasan dua bulan lebih awal.

Dia yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu adalah satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.

Teck yang kelihatan ceria ketika ditemui pemberita berkata dia merasa terharu dan gembira dengan pengampunan yang diterima itu sehingga tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan terlalu teruja.

Dia yang berasal dari Jelebu itu berkata perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah untuk menghabiskan masa bermain dengan tiga anaknya di rumah selepas hampir 10 tahun tidak dapat berbuat demikian.

"Sebelum ini banyak jenayah yang saya lakukan, merompak dan menyamun, bila ingat semula saya rasa sangat menyesal, ia adalah perbuatan yang salah. Selepas ini saya mahu bersama keluarga sepuas-puasnya, saya sayangkan mereka dan saya berjanji tidak akan ulang kesilapan itu.

"Ia membawa sinar baharu untuk saya. Saya nasihatkan kepada semua supaya jangan sesekali terbabit dengan kegiatan jenayah, jaga keluarga, anak dan isteri baik-baik, ia bagai mimpi ngeri sekiranya anda dimasukkan ke penjara," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Penjara Seremban Muhammad Naim Amir berkata Teck yang menjalani hukuman di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin bertuah kerana namanya terpilih selepas mendapat perkenan Perintah Pembebasan Awal pada 22 Disember tahun lalu.

Beliau berkata Teck yang dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan itu berjaya mendapat pengampunan selepas empat tahun menunggu namanya diusulkan kepada Lembaga Pengampunan dan hari ini ialah tarikh pelaksanaan pembebasan awalnya.

"Dia diberikan pembebasan dua bulan awal daripada tempoh sebenar setelah menjalani hukuman hampir 10 tahun di Penjara Bentong dan Penjara Sungai Buloh sebelum ditukarkan ke PRP Mantin," katanya ketika ditemui selepas membaca watikah pembebasan awal di PRP Mantin, di sini hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 05:34 PM | Show all posts
OK la nih kalau ada pengampunan sempena Hari Merdeka. Takkanlah asyik-asyik Hari Raya Puasa/Haji aje..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.093342 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list