CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37561|Reply: 19

[Tempatan] Harap Lebih Ramai Belajar Di New Zealand

[Copy link]
Post time 3-9-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 10-9-2024 10:42 AM



PUTRAJAYA - Malaysia berharap New Zealand dapat menimbangkan kemungkinan melonggarkan kemasukan lebih ramai pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang baharu di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia khususnya bagi program pascasiswazah dalam bidang-bidang baharu di mana New Zealand telah menunjukkan kepakarannya, termasuk bidang pengajian berkaitan peralihan tenaga dan teknologi makanan.

"Kita juga berharap jumlah penerima Biasiswa Perdana Menteri New Zealand bagi Asia untuk belajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia, agar dapat ditingkatkan.

"Pada masa yang sama kami juga ingin menjemput pelajar New Zealand untuk memohon Biasiswa Antarabangsa Malaysia dan menimba pengalaman mengenai kepelbagaian budaya dan warisan di negara ini,” katanya kepada media pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya Christopher Luxon, selepas mereka mengadakan mesyuarat dua hala di sini pada Isnin.

Luxon berada di sini untuk lawatan rasmi tiga hari hingga esok untuk meningkatkan kerjasama dan perbincangan dua hala. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada bulan November 2023.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan yang berjaya hari ini dengan Luxon mengenai usaha untuk mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin dalam bidang-bidang yang digariskan dalam perkongsian strategik iaitu; kemakmuran, rakyat, planet; dan keamanan dan keselamatan.

Beliau berkata, kedua-dua mereka telah membangkitkan banyak isu yang menyentuh kebimbangan bersama dan meninjau langkah ke arah meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Ia termasuk sektor perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pertanian, pendidikan, pertahanan dan keselamatan, dan sektor halal.

Sementara itu Luxon menyifatkan Malaysia sebagai rakan Asia tertua New Zealand.



"Selaras dengan perkongsian strategik keseluruhan, Perdana Menteri Anwar dan saya hari ini telah bersetuju untuk menyuntik lebih banyak momentum ke dalam kerjasama kami, dan sedang mengembangkan kerjasama pertahanan, termasuk dengan mengerahkan salah satu pasukan PA Poseidon baharu Tentera Udara New Zealand kami ke Butterworth untuk menjalani latihan bersama,” katanya.

Beliau berkata, pesawat P-8A Poseidon baharu Tentera Udara Diraja New Zealand akan meneruskan amalan jangka panjang pesawat peronda maritim New Zealand yang ditempatkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth sebagai sebahagian daripada latihan FPDA (Five Power Defence Arrangements) akan datang.

"Kami telah bersetuju dengan kerjasama baharu dan meningkatkan usaha membanteras jenayah rentas negara, memerangi keganasan dan menentang ekstremisme ganas,” katanya.

Menyentuh tentang ASEAN, Anwar mengalu-alukan penglibatan aktif New Zealand yang berterusan dalam mekanisme yang diterajui ASEAN, dan amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi New Zealand terhadap Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Mengenai isu Israel-Palestin, Malaysia dan New Zealand menyatakan harapan untuk gencatan senjata di Gaza yang akan membawa kepada keamanan yang berkekalan dan mampan.

Sehingga 2023, 24 projek pelaburan oleh syarikat New Zealand telah diluluskan bernilai RM238.28 juta (AS$79.9 juta); menjana 1,137 pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia.

Anwar pada Isnin turut meraikan Luxon pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Luxon yang tiba di Malaysia semalam untuk kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada November 2023, disambut Anwar sejurus tiba pada 11.55 pagi di kediaman rasmi perdana menteri itu.

Majlis makan tengah hari itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau medic ok tak new zealand?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
NZ mahai.. sama mcm ozzie
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambil2 tengok lembu2 new zealand..pokok2 rare di sana...
Sambil study
Tenang gitchuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-9-2024 07:06 AM
Sambil2 tengok lembu2 new zealand..pokok2 rare di sana...
Sambil study
Tenang gitchuuu...

Udah dia pegi jumpa pembangkang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka nz. Tenang. Banyak tempat untuk aktiviti outdoor & tak perlu risau psl binatang buas bila hiking. Kalau tiket return ke sana bawah rm 3k, boleh gak repeat jln2 nz. Cuma kat sana ade earthquake
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kazen aku study kt NZ, x balik². Tgk IG mcm dh jd geng pelangi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Petik buah sambil belajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 3-9-2024 09:21 PM
Kazen aku study kt NZ, x balik². Tgk IG mcm dh jd geng pelangi.

Hahaha... pelangi sememangnya memyinari di sana..bright...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 3-9-2024 06:56 PM
Udah dia pegi jumpa pembangkang pulak.

Hahahahah..
Tersedak iols tengok komen uols...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 09:59 AM | Show all posts
harap anak den dpt blajar kat nz
bley mak lawat sambil jenjln
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 10:11 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 3-9-2024 06:54 AM
NZ mahai.. sama mcm ozzie

Kan.. Belajar dalam negara sendiri aje memadai..

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 4-9-2024 10:11 AM
Kan.. Belajar dalam negara sendiri aje memadai..

Ok jahh blajaq dlm negara..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 12:21 AM | Show all posts
wowowwoo
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 07:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:09 AM | Show all posts
seriusly nak belajar apa jah kat sana, diakui la NZ mmg best...tp technology tu yillek..biri2 pun lagi banyak dari org..
baik la belajar kt China, semua bidang dorg dah kedepan skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
belajar sana nz dapat duit. suruh la pm nz banyakkan working visa . boleh rakyat mesia semekin ni cari nzd
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya NZ.. working holiday visa, umur plak dh x valid
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 3-9-2024 09:11 PM
Aku suka nz. Tenang. Banyak tempat untuk aktiviti outdoor & tak perlu risau psl binatang buas bila h ...

Kan..skrg tiket mahal bebeno. Klu ada chance repeat nk pg lagi South Island & jejak gak NI certain area.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 09:03 AM | Show all posts
lokasi filem Lord of The Ring

cantik sangat

btw nak ada filem baru kan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072902 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list