CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34147|Reply: 0

[Sabah] Peraduan Sazarice kembali dengan tawaran RM200,000 hadiah menarik

[Copy link]
Post time 4-9-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Akip (kiri) dan Ketua Pemasaran Sazarice, Rayner Kilik semasa pelancaran peraduan.

KOTA KINABALU: Peraduan jualan Sazarice Beli, Momom dan Menang kembali lagi dengan hadiah melebihi RM200,000 menanti para pemenang.

Ketua Pegawai Eksekutif Sazarice Sdn Bhd, Akip Ismaila berkata, peraduan berkenaan akan berlangsung dari 1 September sehingga 31 Disember 2024 menawarkan Proton S70 (Premium) sebagai hadiah utama.

'Diikuti dengan kereta Persona (Eksekutif) sebagai hadiah kedua. Hadiah ketiga adalah dua unit skuter Wmoto RTI dan hadiah keempat, enam unit Galaxy Tab S6.
"Terdapat 20 unit periuk nasi Tefal Delirice 1.8L yang ditawarkan sebagai hadiah bulanan selama empat bulan untuk 80 pemenang," katanya

Menurutnya, butiran hadiah dan format penyertaan telah diumumkan melalui Sesi Langsung di halaman FB Sazarice semasa pelancaran rasmi peraduan di Bataras Hypermarket, Kolombong di Kota Kinabalu pada 1 September.

Katanya, pengguna hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu beg beras dari mana-mana jenama yang diedarkan oleh Sazarice untuk menyertai peraduan secara dalam talian dengan melayari www.momom2u.com untuk mengisi butiran mereka, memuat naik resit pembelian dan hantar untuk peluang memenangi hadiah peraduan.


PERADUAN: Akip (tengah) dan pasukan pemasaran Sazarice menunjukkan poster peraduan itu.

“Tahun ini Sazarice meraikan 27 tahun bersama rakyat Sabah, kesempatan ini diambil untuk mengukuhkan ikatan kami melalui jaminan bekalan beras berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan harian," katanya.

Akip juga memaklumkan kempen peraduan jualan Sazarice telah berjalan selama empat tahun berturut-turut, dilaksanakan secara konsisten sebagai strategi untuk Sazarice menunjukkan penghargaan dengan menawarkan peluang kepada pengguna memenangi sesuatu apabila mereka membeli dan memakan produk beras itu.

“Kami berharap pelanggan setia kami akan berasa gembira dan teruja apabila membeli produk beras kami sepanjang tempoh peraduan jualan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan jualan Sazarice Beli, Momom dan Menang, anda boleh menghubungi talian hotline peraduan di 016-6220400.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047095 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list