PEMAIN tenis Kazakhstan, Yulia Putintseva tampil membuat permohonan maaf selepas dikecam kerana berkelakuan buruk terhadap seorang gadis pengutip bola dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.
Selepas pemain berusia 29 tahun itu tewas dalam set pertama dan ketinggalan 4-2 di set kedua, berlaku insiden kurang menyenangkan ketika gadis pengutip bola cuba melemparkan bola kepadanya sebelum dia melakukan servis.
Putintseva dilihat tidak menangkap bola yang dilemparkan kepadanya sebanyak tiga kali, sebaliknya hanya merenung gadis itu dengan pandangan tajam, sambil tangan diletakkan di sisi badannya.
Situasi itu menyebabkan keadaan menjadi kekok buat gadis tersebut sebelum Putintseva akhirnya mengambil sendiri bola untuk menyambung semula perlawanan.
Tingkah lakunya mendapat kritikan bukan sahaja daripada penonton di Flushing Meadows, malah pemain tenis lain termasuk pemerhati sukan itu dari seluruh dunia yang mengakui terkejut dengan kelakuan pemain berkenaan.
Antaranya bekas juara Terbuka AS pada tahun 1989, Boris Becker, turut mengecam tindakan tidak wajar Putintseva itu.
"Putintseva fikir dia siapa... bersikap buruk terhadap gadis pengutip bola," tulis Becker.
Putintseva kemudian memuat naik permohonan maaf menerusi laman Instagramnya dan memberitahu bahawa kelakuan itu adalah disebabkan kekecewaannya dalam perlawanan berkenaan dan tidak bermaksud untuk menghina gadis tersebut.
Dalam kejadian itu, Putintseva cuba meluahkan kekecewaannya selepas kalah di tangan Jasmine Paolini pada pusingan ketiga.
"Saya ingin meminta maaf kepada gadis itu di atas perbuatan saya, ketika dia memberikan bola.
"Jujurnya, ia bukan kerananya. Saya sedang marahkan diri sendiri kerana tidak memenangi permainan ketika breakpoint dan fikiran saya hanya tertumpu kepada apa yang sedang berlaku (dalam perlawanan), bukannya siapa yang sedang memberikan bola kepada saya.
"Kesemua pengutip bola melakukan tugas dengan cemerlang di Terbuka AS," katanya
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 5-9-2024 03:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu bangkem pernah ada crush nama julia
Masa sekolah menengah ler
Orangnya putih, tinggi, kurus
Dulu masa sekolah pakai tudung
Tadi tengok fesbuk dia, sekarang dah freehair.. last upload gambar nonton bola kat stadium bukit jalil 2 hari lepas.. nampak macam boifren dia sekarang orang arab
dia malam tadi main ML asik dapat team bocah
kalah berturut2 sampai turun rank
dalam team tu ada pulak yg AFK
pastu kebetulan 2 3 hari ni tengah datang bulan
pastu kene paksa main tennis dan kene titik
mana tak koyak member