CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48346|Reply: 1

[Jenayah] Sindiket pemalsuan dokumen, cop palsu didalangi warga Pakistan tumpas

[Copy link]
Post time 9-9-2024 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 9-9-2024 06:27 PM

MUTAKHIR

Sindiket pemalsuan dokumen, cop palsu didalangi warga Pakistan tumpas

BERNAMA



RUSLIN (dua kiri) melihat barangan yang dirampas daripada sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu didalangi warga Pakistan. FOTO Mohd Fadli Hamzah.


Putrajaya: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan cop palsu pada 5 dan 6 Sept lalu, yang didalangi warga Pakistan dan bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, susulan penahanan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita warga India di Subang Jaya, Selangor, pihaknya telah berjaya menahan seorang lagi lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Azhar yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket itu di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada hari berkenaan.

Beliau berkata, susulan soal siasat pasukan operasi menyerbu sebuah premis kediaman di Jalan Desa Bakti, Sungai Besi dan merampas 50 keping pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu, 28 cop keselamatan keluar masuk ke negara palsu, 16 pasport pelbagai negara serta masing-masing satu komputer riba, mesin cetak, pencetak gambar, pelekat hologram, MyKad palsu dan lesen memandu Malaysia palsu.


"Semua mereka yang berusia antara 44 dan 50 tahun ini kini ditahan selama 14 hari bermula 6 Sept lalu di Depoh Imigresen Bukit Jalil.

"Semakan awal mendapati dua lelaki warga Pakistan ini memiliki PLKS yang masih sah laku manakala wanita warga India telah tinggal lebih masa di Malaysia," katanya pada sidang media mengenai Operasi Khas Imigresen di sini hari ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 55D, Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan penyediaan dokumen kepada warga asing dari negara sumber yang tiada dokumen perjalanan ke negara ini serta telah tamat tempoh melalui media sosial.

Beliau berkata, kadar bayaran antara RM100 dan RM300 dikenakan untuk cop keselamatan, pelekat PLKS antara RM150 dan RM300, lesen kenderaan Pakistan antara RM100 dan RM200 serta pas khas antara RM800 dan RM1,000.

Disiarkan pada: September 9, 2024 @ 4:24pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rga-pakistan-tumpas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 06:31 PM | Show all posts
"Beliau berkata, kadar bayaran antara RM100 dan RM300 dikenakan untuk cop keselamatan, pelekat PLKS antara RM150 dan RM300, lesen kenderaan Pakistan antara RM100 dan RM200 serta pas khas antara RM800 dan RM1,000."

Rakyat tempatan kerja swasta nak dapat gaji minimum RM1800 majikan berkira, tak berapa setuju, company tak untung lepas covid, customer kurang, minta tangguh.

Parasit sial ni buat untung atas angin, business semua benda palsu. Aku harap polis belasah diorang cukup-cukup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.109238 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list