CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3526|Reply: 1

[Tempatan] Apa dimaksudkan Reformasi Perkhidmatan Awam...tunggu amanat sulung KSN petang ini

[Copy link]
Post time 10-9-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Apa dimaksudkan Reformasi Perkhidmatan Awam...tunggu amanat sulung KSN petang ini

Oleh Bernama

September 10, 2024 @ 8:52am



Foto FB JPA


KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual menyampaikan amanat sulung dengan tema 'Reformasi Perkhidmatan Awam', petang ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan amanat khas itu akan disampaikan Shamsul Azri pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Tahun 2024 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya, bermula jam 2.30 petang.


"Apakah yang dimaksudkan dengan reformasi perkhidmatan awam? Sokongan seluruh pegawai awam dalam merealisasikan hala tuju reformasi perkhidmatan awam amat dihargai," menurut hantaran itu.



Shamsul Azri adalah bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa 12 Ogos 2024, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lalu.


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar. - Foto NSTP
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar. - Foto NSTP
Pada 2 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan, berkata beliau mahu langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera dengan menjangkakan bulan ini adalah bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.

Anwar yang menyuarakan langkah segera itu pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri berkata, reformasi perkhidmatan awam perlu dicapai dengan kaedah atau prosedur yang bersesuaian dengan peredaran zaman.


Sehubungan itu Anwar memaklumkan beliau akan berbincang dengan Shamsul Azri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tentang langkah yang perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasi perkhidmatan awam. – BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berit ... u-amanat-sulung-ksn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2024 03:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.031991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list