CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31414|Reply: 3

[Tempatan] Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan

[Copy link]
Post time 11-9-2024 12:12 AM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

Lebih 10 kenderaan pancit tayar dipercayai langgar bongkah batu atas jalan

Samadi Ahmad
[email protected]



BONGKAH batu yang terjatuh di atas jalan raya dari arah KLIA ke Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 20 kenderaan mengalami tayar bocor. FOTO Ihsan Pembaca.


Sepang: Lebih 10 kenderaan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini ke Kuala Lumpur mengalami tayar pancit dipercayai terlanggar bongkah batu di atas jalan raya.

Sebelum itu tular di media sosial mengenai kira-kira 20 kenderaan tersadai selepas terlanggar bongkah batu yang terdapat di atas jalan raya berkenaan.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku malam ini.



Lagi Berita

Angkara bongkah kayu
April 29, 2015 @ 3:56pm

Bongkah konkrit jatuh, pemandu lori disaman
Mac 25, 2021 @ 11:44am

Bongkah batu hentam kereta
Oktober 22, 2021 @ 8:30pm

Tiga hari bersihkan runtuhan bongkah batu
Disember 21, 2020 @ 9:05pm



Katanya, terdapat bongkah batu yang terjatuh di atas jalan raya berkenaan.

"Pihak polis meminta pemandu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Menerusi gambar yang dikongsi IPD KLIA sebuah kereta peronda polis sudah berada di kawasan bongkah batu yang jatuh itu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya.

Bongkah batu itu juga dilihat mengandungi besi yang boleh membahayakan pengguna sekiranya melanggar objek berkenaan.

Disiarkan pada: September 10, 2024 @ 10:37pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kah-batu-atas-jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2024 08:11 PM | Show all posts
KES

Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan

Oleh Bernama

September 11, 2024 @ 7:57pm



Bongkah batu yang terjatuh di atas jalan raya dari arah KLIA ke Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 20 kenderaan mengalami tayar bocor. - Foto ihsan pembaca


SEPANG: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA menerima lima laporan berhubung kejadian bongkah batu yang jatuh di atas jalan raya dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at dalam kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu, siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terbabit dalam kejadian berkenaan.


"Kejadian berlaku apabila bongkah konkrit yang dimuatkan di atas sebuah kenderaan dipercayai lori jatuh ke atas lebuh raya dan saiz bongkah konkrit itu yang tidak begitu besar menyebabkan kenderaan yang melalui lebuh raya itu tidak menyedari objek berkenaan dan melanggarnya.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius yang berlaku kecuali penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau turut menasihati mangsa lain yang terbabit dalam kejadian itu untuk membuat laporan polis dengan segera.


Azman berkata, pihaknya juga memohon sekiranya ada saksi bebas atau mana-mana kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka semasa objek terbabit jatuh dari kenderaan dan insiden kemalangan itu supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Trafik IPD KLIA Inspektor Arif Jantan melalui talian 013-640 4165 bagi membantu siasatan.


https://www.bharian.com.my/berit ... terima-lima-laporan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat report polis kemudian minta ganti rugi dari JKR.

Tak pun terus jumpa Yang Berhomat situ
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh nk tukar tayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.100225 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list