CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37348|Reply: 0

[Tempatan] Mahkamah benar tangguh hantar pulang 6 wanita China

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah benar tangguh hantar pulang 6 wanita China

https://www.freemalaysiatoday.co ... ang-6-wanita-china/

Bernama
11 Sep 2024, 03:55 PM


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan penangguhan itu dan menetapkan 2 Okt ini untuk mendengar permohonan habeas corpus mereka.

Peguam mendakwa pemohon ialah pemegang pas kerja dan lawatan sah tidak sabit sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman atas mana-mana kesalahan susulan tangkapan sejak 22 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan enam wanita warga China menangguhkan penghantaran mereka ke negara itu, sementara menunggu permohonan habeas corpus atau penahanan salah yang difailkan selesai.

Hakim Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas peguam J Matthews yang mewakili jurutera, Fu Xiaoling, 40, artis opera Fu Xiaoyan, 37, perunding teknikal, Zhong Li, 27, pembantu akaun, Ai Xi, 31, model Huang Ting, 33, dan pemegang pas lawatan, Zhao Jinming, 26, membuat permohonan itu serta tiada bantahan Timbalan Pendakwa Raya Syajaratudur Abd Rahman.

Mahkamah membenarkan permohonan (penangguhan) itu dan menetapkan 2 Okt ini mendengar permohonan habeas corpus, kata hakim.

Enam wanita itu memfailkan permohonan habeas corpus pada 9 Sept lepas, dengan menamakan ketua pengarah dan pengarah Jabatan Imigresen, menteri dalam negeri, komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga kelima.

Semua wanita itu memohon mahkamah membebaskan mereka serta-merta tanpa syarat daripada tahanan di bawah kawalan serta jagaan komandan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Menerusi afidavit sokongan, Matthews berkata, enam wanita itu ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan 22 Ogos lepas dan selepas tamat tempoh reman, mereka diperintahkan diusir dari negara ini walaupun semua pemohon mempunyai visa sah ke Malaysia.

Beliau mendakwa pemohon yang juga pemegang pas kerja dan lawatan sah tidak disabitkan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman atas mana-mana kesalahan bersangkut tangkapan mereka sejak 22 Ogos lalu.

Justeru, katanya, perintah tahanan dan pengusiran ke atas pemohon itu bersifat pramatang, tidak disokong bukti kukuh serta penyalahgunaan kuasa dan tindakan melebihi peruntukan Akta Imigresen 1959/1963.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056979 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list