CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28819|Reply: 1

[Dunia] Rakyat Malaysia lawat, transit UK perlu mohon ETA mulai 2025

[Copy link]
Post time 11-9-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2024 06:13 AM



Rakyat Malaysia lawat, transit UK perlu mohon ETA mulai 2025Bernama

-11 Sep 2024, 09:07 PM
Kebenaran perjalanan elektronik (ETA) diperkenalkan ke beberapa negara secara berperingkat sejak November 2023.Total Views: 211




UK sedang membuat penambahbaikan untuk menyampaikan sistem imigresen digital lebih diperkemas yang akan menjadi lebih cepat dan selamat untuk berjuta-juta orang yang melalui sempadan. (Gambar AP)




KUALA LUMPUR: Mulai 8 Jan tahun depan rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan kebenaran perjalanan elektronik (ETA), langkah ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.


Dalam kenyataan, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur berkata ETA adalah kebenaran digital untuk perjalanan bagi pelawat yang pada masa ini tidak memerlukan visa untuk penginapan singkat, atau yang belum mempunyai status imigresen UK sebelum memulakan perjalanan.

Ia menambah bahawa ETA berharga £10 dan membenarkan perjalanan ke UK untuk penginapan sehingga enam bulan pada satu masa selama dua tahun atau sehingga pasport pemegangnya tamat tempoh, yang mana lebih awal.

UK kini melancarkan ETA ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Pengenalan ETA adalah selaras pendekatan yang telah diambil oleh banyak negara lain (seperti AS dan Australia) untuk mengukuhkan keselamatan sempadan.

Ia akan menyumbang ke arah menyampaikan sistem imigresen digital yang lebih diperkemas yang akan menjadi lebih cepat dan selamat untuk berjuta-juta orang yang melalui sempadan UK setiap tahun,
katanya.

UK mengalu-alukan jutaan pelawat dari seluruh dunia setiap tahun untuk percutian, pengajian dan perniagaan.

Oleh itu, UK sedang membuat penambahbaikan untuk menyampaikan sistem imigresen digital yang lebih diperkemas yang akan menjadi lebih cepat dan lebih selamat untuk berjuta-juta orang yang melalui sempadan.

ETA diperkenalkan ke beberapa negara secara berperingkat sejak November 2023.

Suruhanjaya tinggi itu berkata ETA bukan visa UK dan rakyat Malaysia yang akan tinggal di UK selama lebih enam bulan (contohnya untuk belajar atau bekerja) masih dikehendaki memohon visa yang berkaitan; tetapi individu mempunyai visa UK yang sah tidak memerlukan ETA.

Pengembara Malaysia boleh membuat permohonan lebih awal mulai 27 Nov dan seterusnya melalui ‘aplikasi ETA UK’ dan di laman sesawang GOV.UK (www.gov.uk/guidance/apply-for-an ... l-authorisation-eta ).

Suruhanjaya Tinggi British berkata, proses permohonan adalah cepat dan mudah, pemohon biasanya mendapat keputusan dalam masa tiga hari bekerja tetapi mungkin mendapat keputusan yang lebih cepat jika mereka menggunakan aplikasi ETA UK.

Semua permohonan diuruskan oleh Visa & Imigresen UK. Suruhanjaya Tinggi British tidak terlibat dalam proses permohonan dan kelulusan,
katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca documentary tentang Fort and Castle di United Kingdom.

Suka baca sejarah2 Inggeris, Welsh and Scotland sebab negara kita guna sistem Westminster.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.083076 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list