CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27463|Reply: 15

[Tempatan] Lelaki Dakwa Guna 5G Jadi Punca Tangan Kebas Dan Kepala Pening,Agak mengejutkan, ramai juga rupanya yang bersetuju

[Copy link]
Post time 11-9-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook meluahkan badannya bertambah sihat selepas menukar tetapan network peranti ke 4G selepas sekian lama menggunakan jaringan 5G.



“Setelah menukar setting handphone dari 5G ke 4G, tangan dah tak rasa kebas dan tak rasa pening-pening kepala macam sebelum ni. Rasanya semua yang pakai 5G boleh tukar juga. Mengarut sangat 5G ni,” kongsinya dengan yakin.

Hantaran lelaki itu ternyata mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen menerusi platform berkenaan.

Rata-ratanya mengganggap kenyataan itu sebagai satu jenaka dan meminta lelaki terbabit untuk pergi mendapatkan rawatan sewajarnya dan bukan salahkan gelombang 5G tanpa sebarang bukti saintifik yang kukuh.

Agak mengejutkan, ramai juga rupanya yang bersetuju dengan kenyataan lelaki itu dan mendakwa terdapat gejala seperti badan semakin tidak sihat dan sukar membuat hafalan ayatul Quran.

Bagi kami, isu ini akan sentiasa dimainkan oleh kaki konspirasi seperti mana sebelum berlaku ketika peralihan 3G ke 4G lalu ramai mendakwa akan berlaku penyakit kronik berupa kanser yang boleh membawa maut. Realitinya, tiada pula laporan yang mendakwa berlaku kematian disebabkan gelombang 5G setakat ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 11:58 PM | Show all posts
Mana tak kebas..ko syok melayan 5g  sbb laju bedesup kan mobile berjahit kat tangan sampai tak sedar dah 2 jam ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:02 AM | Show all posts
what say u acik2 porem sekalian? meols belum guna lagi 5g sebab fon tak sapot katanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok je orang pakai 5g, dia ni mesti geng konspirasi. Tak pun geng antivaxx ataupun geng gundu tak sedar diri melantak macam2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak pakai topi aluminium tu ke?katanya topi tu boleh elak dari sinaran yg ditimbulkan oleh gelombang 5g.menakutkan!!

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang² tukar la ke 1g. Pakai ke hp nokia yg boleh sms je sure lg sihat sejahtera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
entah entah kuat gula tak, g la cek gula darah tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasni ada 6g.7g..agak2 kepala meletup terus agknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:50 AM | Show all posts
udah kau pun 24 jam pegang hp scroll sana sini, memanglah kebas, pening kepala.. eh dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tahla..sb aku tukar kejap2..layan movie,youtube jer pakai 5G..takat layan porom..tukar ke 4G jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:32 PM | Show all posts
rasanya betul juga apa yg dicakap nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:13 PM | Show all posts
padahal diabetic. yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia macam ni.
Zaman sekarang, apa jua yg disebar-viralkan adalah benar belaka. Janji aku orang yg terawal posting.
Tanpa fakta, selidik fakta, mana asal sumber, apa punca sumber dan sebagainya.

Macam video Pringles under microscope yang penuh dengan serangga halus.
Sah² fake.... babi apa beribu² dust mites duduk dalam Pringles yg ditutup rapi.
Tapi, ada orang percaya video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan le gitu
Iols.tadi.masa nak turun tangga rasa mcm nam terjun ke bawah je..
Berpinar2..
Iols ada masalahnjantung ke..darah tinggi ke..
Adoi...
Iols duduk je tepi tangga sambil anak kecik iols tepuk2 iols...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:57 PM | Show all posts
rxz4727 replied at 12-9-2024 03:30 AM
Elok je orang pakai 5g, dia ni mesti geng konspirasi. Tak pun geng antivaxx ataupun geng gundu tak s ...

+ geng bumi bentuk donut
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terminate unifi pastu aku beli modem 5g, letak sim umobile home, still ok lagi rsa nk dekat setahun guna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.534694 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list