View: 19963|Reply: 9
|
[Tempatan]
Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat, kata Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH). #4, GISBH: Kami berdoa fitnah ini dinoktahkan
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 12-9-2024 01:45 AM
Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat, kata GISBH
https://www.malaysiakini.com/news/718927
Diterbitkan: Sep 12, 2024 9:05 AM
Dikemaskini: 9:11 AM
GISB Holdings Sdn Bhd menafikan dakwaan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat.
Syarikat yang dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan haram Al-Arqam itu berkata rumah amal yang berdepan dakwaan itu bukan berada bawah kendalian mereka pun.
“Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.
“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai cara hidup diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” katanya.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam mengesahkan polis memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan GISBH.
Razarudin Husain
Katanya, serbuan dibuat di 18 premis sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas polis menerima laporan pada 2 September berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang
Namun, syarikat itu sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan kumpulan itu.
Katanya, daripada risikan dan keterangan yang diperoleh polis, mangsa diajar meliwat, seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
GISBH disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Dalam kenyataan terbarunya, GISB menyifatkan dakwaan terhadap mereka sebagai tuduhan berat untuk “menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat” sekaligus mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.
“Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami,” katanya.
Syarikat itu justeru mengancam membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduhnya.
GISBH sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan Al-Arqam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pulak dah, better tunjukkan bukti |
|
|
|
|
|
|
|
“Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami,” katanya.
... siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
GISBH: Kami berdoa fitnah ini dinoktahkan
https://www.malaysiakini.com/news/718882
Diterbitkan: Sep 11, 2024 6:46 PM
Dikemaskini: 6:56 PM
Global Ikhwan Services and Business Berhad Holdings (GISBH) berdoa agar apa yang disifatkannya sebagai fitnah dan tohmahan terhadap mereka dapat dinoktahkan.
GISBH hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan yang pihaknya mengeksploitasi kanak-kanak dengan menjadikan mereka sebagai tenaga kerja.
“Kami menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan kami sekali-kali tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang, khususnya dalam melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.
“Isu tersebut merupakan satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.
“Kami berdoa kepada Allah agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling membantu dalam membina masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara yang tercinta ini,” kata GISBH.
GISBH ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.
Namun, syarikat itu sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan kumpulan itu.
Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan menerima empat laporan berkaitan eksploitasi kanak-kanak.
“Laporan tersebut dipercayai berkaitan eksploitasi kanak-kanak untuk pungut dana, derma dan sebagainya, mungkin ada lain (laporan) yang sedang dikumpulkan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay seperti dipetik Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam malaysia (Jakim) juga diarahkan mengadakan pertemuan dengan GISBH susulan dakwaan itu serta satu lagi dakwaan, iaitu berkenaan ajaran sesat.
Mengulas lanjut, GISBH menegaskan dakwaan itu satu prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap mereka.
“Pendirian kami amat jelas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan mendukung aspirasi kerajaan dalam membangunkan negara,” katanya lagi, sambil menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berwajib.
Hari ini pula, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis menyerbu premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik syarikat itu.
Razarudin berkata, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan manakala 171 suspek ditahan.
Dia juga mendakwa, berdasarkan risikan dan keterangan, kanak-kanak tersebut diajar meliwat, serta menjadi mangsa liwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
Kenyataan GISBH bagaimanapun tidak menyentuh berkenaan kenyataan Razarudin hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt kuantan ni ad kedai makan, dobi, kedai runcit.. tp skang xde dh. Kedai mkn dia agak pricey. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi tak sampai ke mahkamah, isu2 pasal gisbh ni hanya akan terus jadi polemik dlm kalangan netizen je la
so nak buek camno.. kita org awam yg biasa2 ni hanya boleh tunggu je la nak tau perkembangan isu2 berksitan gisbh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun skeptikal dengan GISBH ni.. Tapi bila tuduh ada penghuni diliwat dan diajar meliwat tu, memang melampau sangat lah kalau tak disertakan bukti. Setakat tuduh, sapa2 je boleh tuduh... |
|
|
|
|
|
|
|
Exactly apa yang aku fikir..
Aku tak sokong GIS ni.. tapi tuduhan mcm tak masuk akal..
Ada ke diajar meliwat dan diliwat.. logik ke??
Nak cakap / or discuss pasal sex education pun gila susah kat sini, lagilah nak discuss pasal sex luar tabi'i..
To be honest aku mmg tak caya tuduhan ni..
Dan benda ni boleh memburukkan agama Islam, sedikit sebanyak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul ugama Islam ini |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kes si ebit pun camtu...boikott |
|
|
|
|
|
|
| |
|