CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27580|Reply: 0

[Sarawak] Forum Sarawak Future 2024 di Kuching pada 10 Oktober

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Forum Sarawak Future 2024 akan diadakan pada 10 Oktober 2024 di Hotel Sheraton di sini yang akan menampilkan individu paling berpengaruh dari seluruh dunia untuk menangani isu-isu mendesak pembangunan ekonomi mampan.

Forum itu akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga akan menyampaikan ucaptama pembukaan.

Salah satu sorotan utama forum itu adalah sesi eksklusif dengan ahli ekonomi pemenang Hadiah Nobel Profesor Joseph Stiglitz, yang terkenal dengan pendirian kritisnya terhadap batasan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai ukuran kejayaan ekonomi.

Turut berucap di forum itu ialah Marga Hoek, seorang pemimpin pemikiran yang diiktiraf di peringkat global perniagaan, modal dan teknologi mampan.

Forum Sarawak Future itu juga akan menampilkan artis Malaysia Red Hong Yi, yang karyanya telah menawan hati penonton di seluruh dunia.

Forum itu dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (LISCS), dengan kerjasama The New York Times, Institute of Management Sarawak (MASA) and the American-Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM).

Ia disokong oleh penaja Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), RHB Bank, Affin Bank, OCBC Bank, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Business Events Sarawak.
Untuk mendaftar forum dan mendapatkan tiket, layari www.sarawakfutureforum.com.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.640621 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list