CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34988|Reply: 3

[Tempatan] Gadis didakwa tekap sudu panas pada 4 kanak-kanak perempuan

[Copy link]
Post time 12-9-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Gadis didakwa tekap sudu panas pada 4 kanak-kanak perempuan

https://www.malaysiakini.com/news/719033

Bernama
Diterbitkan:  Sep 12, 2024 4:42 PM
Dikemaskini: 4:42 PM



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban hari ini atas empat tuduhan penderaan fizikal terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia antara lima hingga enam tahun di sebuah pusat asuhan dekat Seremban bulan lepas.

Dia membuat pengakuan itu di dua Mahkamah Sesyen dengan masing-masing dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Menurut empat pertuduhan, pembantu penjaga itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak telah menganiaya empat kanak-kanak perempuan dengan cara menekap sudu besi panas pada lengan mangsa sehingga melecur di sebuah pusat jagaan dekat Seremban pada Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noraziha Asmuni dan Syamimi Farhana Muhammad A. Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding pertuduhan pertama dan kedua, Noraziha memohon tiada jaminan ditawarkan kepada remaja itu kerana dikhuatiri tertuduh mengganggu mangsa dan mengulangi kesalahan sama terhadap kanak-kanak lain.

Tertuduh kemudian merayu jaminan diberikan selain menyatakan bahawa dia menghidap penyakit saraf, migrain dan kesakitan tulang belakang, namun tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan.

"Saya juga menerima elaun RM300 sebulan sejak lima bulan bekerja," katanya.

Hakim Surita menetapkan jaminan RM40,000 bagi dua pertuduhan selain tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis terdekat dan menyerahkan pasport kepada mahkamah manakala Hakim Meor Sulaiman tidak menawarkan jaminan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 18 Okt ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ko mental apa gi tekap sudu panas kat anak orangg?
yihh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hanamunir replied at 12-9-2024 08:43 PM
ko mental apa gi tekap sudu panas kat anak orangg?
yihh..

saya tak nak buat keja ni..kuarga paksa jugak.. ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kes rumah amal gisb tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.388042 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list