View: 35807|Reply: 0
|
[Dunia]
Pengajaran dari China, ramai kebulur tak mampu beli sekeping roti sebab tak boleh guna ‘cashless’ angkara Taufan Yagi
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-9-2024 11:24 PM
TAUFAN Yagi yang disifatkan sebagai ribut terkuat Asia tahun ini melanda Hainan, China pada Jumaat lepas sehingga menyebabkan pelbagai kemusnahan.
Dengan kelajuan angin maksimum mencecah 234 km/j (145 mph), Yagi merupakan taufan tropika kedua terkuat di dunia selepas Beryl, juga menyebabkan penduduk di China menderita.
Terjadinya gangguan bekalan elektrik menimbulkan kesukaran yang ketara kepada penduduk di negara itu sehingga menyebabkan orang ramai bercakap soal cabaran hidup dalam masyarakat tanpa tunai.
Manakan tidak, ramai pengguna di China mendapati diri mereka tidak dapat menjalankan transaksi tanpa akses kepada peranti mudah alih.
Perkara itu dibuktikan apabila sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman X menunjukkan penduduk di China berkerumun di sekitar stesen pengecas sementara, sewaktu vendor menyediakan sistem berkuasa enjin untuk membantu orang ramai mengecas semula telefon mereka.
Seorang pengguna, @Songpinganq menjelaskan bahawa ramai orang terdesak untuk mengecas telefon mereka kerana semua wang mereka disimpan dalam sistem e-pembayaran.
"Selepas taufan, bekalan air dan elektrik terputus. Orang ramai terdesak mahu mengecas telefon mereka kerana semua wang mereka disimpan dalam mobile wallet.
"Tanpa telefon, anda tidak boleh membeli roti," katanya.
Video itu telah mencetuskan perbualan tentang potensi kelemahan masyarakat tanpa tunai sepenuhnya terutamanya semasa krisis terjadi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|