CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51543|Reply: 17

[Tempatan] Isu wang haram lagi penting dari sijil halal Jakim — Rafidah Aziz

[Copy link]
Post time 13-9-2024 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 13-9-2024 11:45 AM

Isu wang haram lagi penting dari sijil halal Jakim — Rafidah Aziz
www.freemalaysiatoday.com
12.SEPTEMBER.2024




KUALA LUMPUR: Rafidah menasihati agar kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada menangani isu wang yang diperoleh melalui rasuah,bukannya terlibat dalam perbahasan mengenai sijil halal, sebaliknya rakyat Malaysia harus menumpukan perhatian mereka untuk menangani isu 'wang tidak halal' yang diperoleh melalui rasuah.

Demikian kenyataan dikeluarkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang tampil memberi pandangan peribadinya mengenai isu sijil halal.

Menurut kenyataan dalam catatan Facebook pada Rabu, daripada orang ramai terlalu berbahas berhubung sijil halal di setiap premis, adalah lebih prihatin terhadap kekayaan yang dirompak oleh golongan tidak berintegriti.

Bukan hanya orang awam, beliau juga menasihati agar kerajaan juga sepatutnya memberi tumpuan kepada menangani isu wang yang diperoleh melalui rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa.

“Dan (jangan) menyusahkan orang lain, semata-mata untuk memastikan mee kari atau nasi goreng dan lain-lain mesti disahkan halal.

"Umat Islam mesti ingat bahawa jika anda ragu-ragu, jangan paksa diri anda untuk makan di kedai-kedai itu. Ada pilihan," katanya.

Selasa lalu, pihak polis merekodkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas menyatakan kebimbangan dan bantahannya terhadap cadangan Perbadanan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan pensijilan halal bagi kedai makan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol.

Teresa baru-baru ini menyuarakan bantahannya terhadap cadangan tersebut dan menyifatkan ia bakal membebankan perniagaan kecil dan menyekat kebebasan pengguna di Malaysia.

Susulan kenyataan Teresa itu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat terhadapnya dengan pihak berkuasa juga sudah memulakan siasatan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beberapa undang-undang perlu dipinda untuk menguatkuasakan pensijilan halal mandatori.

Buat masa ini, pensijilan halal adalah pilihan bagi pengusaha perniagaan makanan.

Rafidah menyatakan bahawa umat Islam yang teguh berpegang teguh kepada pegangan dan peraturan Islam tidak memerlukan kerajaan atau entitinya untuk membantu mereka memutuskan apa yang boleh atau tidak boleh dimakan.

Beliau berkata, langkah sedemikian perlu dielakkan bagi mengelakkan campur tangan kerajaan dalam kehidupan seharian atas alasan agama.

“Tiada sebab untuk entiti kerajaan memaksa setiap kedai makanan mempunyai pensijilan halal (hanya) untuk ‘menjaga’ umat Islam.

"Mereka sentiasa boleh mengelak pergi ke mana-mana tempat terutamanya untuk makan jika mereka berasa was-was (khuatir) atau ragu-ragu tentang apa yang dijual di sesebuah kedai," katanya.

Beliau menambah bahawa terdapat banyak tempat untuk dipilih oleh orang Islam dan bukannya membebani pihak lain semata-mata untuk melindungi orang Islam daripada makanan yang tidak diyakini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2024 08:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 08:58 AM | Show all posts
ye betul tu...tapi sebab Mama kok yang timbulkan isu dulu jadi kita harus bersuara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 13-9-2024 09:25 AM
espri6006 replied at 13-9-2024 08:58 AM
ye betul tu...tapi sebab Mama kok yang timbulkan isu dulu jadi kita harus bersuara.


ckp konar konar mmg kerja deme acik acik pulitik, nnti bila ommah melantun, deme gaslight ommah balik. tp aiol rasa elok lah,sbb acik gomen nk clear isu kan, acik non suruh bentang bgai. kalau tak esok ulang ulang. koser
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-9-2024 09:59 AM

Kenapa tak MELIHAT KEPENTINGAN KEDUA DUANYA SEKALI???....benda ni bukan orang suh ko buat pilihan pung...boleh jer yg bijak pandai tanggani kedua duanya sekali...bukan kita ada sprm dan menteri agama yg memasing boleh main peranan@amik tanggungjawab...awat main pilih2 la pulak???
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:17 AM | Show all posts
Skuau replied at 13-9-2024 09:53 AM
Kenapa tak MELIHAT KEPENTINGAN KEDUA DUANYA SEKALI???....benda ni bukan orang suh ko buat pilihan pu ...

exactly...

liberal logik when there's islamic related matters

1) pi compare everythg with PAS ( gosh yg ni paling pathetic..)
2) pi lak ckp other thing like wang haram more important
3) bukak pulak citer time PAS comolot dgn DAP (woi ada aku kesah ke)

HALAL dibawah JAKIM dan kewajipan as umat islam mencari yg halal
Wang Haram tu pun ada under jurisdiction sendiri

memang mentaliti pidah ni soo narrow kena pilih either one ke? liberal logic mmg kelautan dalam...hahaha



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2024 10:21 AM | Show all posts
bukan shj rasuah kak pah oi...casino, arak dan dadah juga haram!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik sokong Acik Pidah...ringkas dan padat



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 10:26 AM | Show all posts
aineen replied at 13-9-2024 10:17 AM
exactly...

liberal logik when there's islamic related matters

patot nyer Acik Pidah tanya cam ni..

apa hukumnya beli makanan dari restoran halal guna duit haram..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:27 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 13-9-2024 10:26 AM
patot nyer Acik Pidah tanya cam ni..

apa hukumnya beli makanan dari restoran halal guna duit hara ...

tanya lagi..

apa hukumnya

orang Islam minum arak kat kedai
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:41 AM | Show all posts


Kenapa nak tanya soalan mcm tu?  Understood laa wei.... Tak refer surah Al-Maidah ayat 90 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nek pidah patut msuk balik politik silap2 boleh bd 1st lady yg jd PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 13-9-2024 10:49 AM

knp nak generalise perkara/maknosia? yakin sungguh kah acik acik yg kepoh bab halal ni pakai blanje duit haram? apo. selesai masalah patotnya satu isu satu jwpn lah. ni style selesai masalah,  satu isu kait satu isu lain. jwpn nya mana?? kan dh bagus dh acik non nk setel. apooo lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 10:48 AM | Show all posts
nolya replied at 13-9-2024 10:41 AM
Kenapa nak tanya soalan mcm tu?  Understood laa wei.... Tak refer surah Al-Maidah ayat 90 ke?

la ni banyak duit haram dari rasuah yg berleluasa

selamba jer guna duit haram tu utk beli kete best

kete best tu plak pi anto anak pi skolah agama, pi anto mak pak kat airport pi haji/ umrah



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:09 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 13-9-2024 10:48 AM
la ni banyak duit haram dari rasuah yg berleluasa

selamba jer guna duit haram tu utk beli kete be ...

Sbg seorang muslim, jika memang ada blj hukum-hakam agama, kenal segala yg berpunca drpnya, mana dn lagi yg jelas listed halal-haramnya, maka individu itu sendiri hendaklah menapis pendapatan dn perolehan agar tidak khilaf  terlibat dn menggunakannya. Duit yg didapati drp judi, duit kopi, komisyen/upah yg tak jelas, duit hasil tipuan/skammer, duit kerana melintah darat, semua itu haram. Sendiri yg lakukan, maka kepekaan dn kesedaran (consciousness) akan berbisik dlm sanubari. Itupun kalau peduli.  Halal-haram itu jelas maka tepuk dada tanyalah iman.



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:16 AM | Show all posts
Work in parallel laa...Bukannya masuk giant todo list kena set priority pastu settle satu demi satu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 11:37 AM | Show all posts
duit haram dan makan makanan haram semua nya menjadikan hati jauh pada agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu la guna nya lantik ramai menteri,ramai penjawat awam.boleh lah buat benda semua tu sekali jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 2.023007 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list