CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76928|Reply: 0

[Tempatan] Ikan bakar letak susu pekat dan marjerin? Wanita ini kongsi resipinya paling viral di Kuala Perlis.Anda nak coba?

[Copy link]
Post time 15-9-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ikan bakar dilumur dengan susu pekat dan marjerin? Mungkin yang pertama kali lihat akan terbit pelbagai persoalan di minda. Mana tidaknya, tak terbayang dek fikiran bila tiba-tiba muncul elemen manis pada ikan bakar. Kan?


Namun, lain pula bagi yang pernah merasai sendiri menu paling viral di Kuala Perlis ini. Sekali makan, buat mereka teringat-ingat! Mujurlah ada rakan kita ni, Rozmaliza Omar berkongsi resipi di laman Facebooknya. Jadi, tak perlulah setiap kali teringin nak makan je perlu jejakkan kaki ke sana! Buat sahaja sendiri, memang puas hati. Siapa yang pertama kali nak rasa tu, jom cuba!

Resipi ikan bakar kuala Perlis

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap/ apa-apa ikan yang suka

3 sudu besar marjerin/ butter

4 sudu besar susu pekat manis

1/2 cawan santan pekat (saya guna kara)

Sedikit serbuk kunyit

Garam


Cara-caranya

1. Masak semua bahan di atas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.

2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya boleh tutup api. Ketepikan.

3. Ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.

4. Bakar ikan dengan api sederhana. Setelah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil dibakar lagi. Bila sudah nampk bersalut elok boleh diangkat.

5 Hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik. Siap!

Lepas ni tiada alasan la nak makan ikan bakar ni je kena pergi Kuala Perlis!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 1.153810 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list