CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7249|Reply: 0

[Sabah] Amalkan politik sopan-santun, bersedia hadapi PRN

[Copy link]
Post time 17-9-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Gulam (tengah) menerima cenderakenangan daripada Wanita, Pemuda dan Beliawanis selepas merasmikan persidangan serentak ketiga-tiga sayap parti itu.

PAPAR: Amalkan politik sopan-santun dan ambil iktibar daripada sejarah politik masa lalu.

Itu pesanan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang, Dato Sri Gulam Haidar Khan Bahadar, kepada ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kawang ketika merasmikan serentak mesyuarat agung tahunan ketiga-tiga sayap itu, di sini pada Ahad.

Katanya, sejarah politik masa lalu tertulis pengajaran penting untuk tidak terus-terusan berbangga dengan prestasi atau pencapaian, sebaliknya perlu bekerja secara berterusan.

"Marilah kita amalkan pendekatan politik sopan santun, utamakan nilai-nilai kemanusiaan dan menghargai perbedaan.


LANTIKAN: Seorang ketua cawangan menerima watikah pelantikan sempena mesyuarat agung tahunan itu.

"Semua sayap parti termasuk Wanita, Pemuda dan Beliawanis, harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya bersedia untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan dan parti di masa depan," katanya.

Gulam yang juga Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Kawang turut meminta supaya jentera parti dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Katanya, data dan fakta di kawasan masing-masing, termasuk di peringkat cawangan perlu dikemaskini.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Gagasan Rakyat komited memberi sokongan pada Kerajaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, Gagasan Rakyat akan terus bekerjasama dengan parti-parti tertentu dan sehaluan dalam Kerajaan Perpaduan yang sudah terbina jambatannya dalam menghadapi PRN nanti.



BERJIWA RAKYAT: Gulam bersalaman ketika menyantuni sebahagian perwakilan di luar dewan persidangan.

"Kita tidak pernah dan tidak akan membakar jambatan itu, sebagaimana cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.

"Inilah uniknya Gagasan Rakyat. Biarpun jiwanya lokal, tapi citranya berada di persada nasional," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047005 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list