CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5700|Reply: 0

[Sabah] Dua beranak hilang ketika mandi di air terjun Kokol ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 21-9-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Dua beranak selamat semasa mandi manda di kawasan air terjun Kokol di sini.

KOTA KINABALU: Dua beranak yang dilaporkan hilang ketika mandi manda di kawasan air terjun Kokol Hobbiton Forest, Manggatal ditemukan selamat.

Mangsa yang berumur 51 tahun dan anak perempuannya berumur lima tahun ditemukan selamat pada jam 6.06 petang Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Pegawai Bomba Kanan II, Willfred Sulai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.10 petang.

Katanya, seramai 11 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Menurut pengadu iaitu isteri mangsa, ketika keluar dari kawasan air terjun, pengadu tersedar bahawa suami dan anaknya tidak keluar dari kawasan air terjun ke tempat permulaan.

"Selepas menanti lebih kurang tiga jam, pengadu bimbang keselamatan suami dan anaknya kemudian menghubungi pihak bomba dan polis," katanya ketika dihubungi.

Willfred berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba melakukan pencarian dengan kaedah menyusuri denai sehingga ke kawasan air terjun.

"Pada 6.06 petang, kedua-dua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat selepas kedua-dua mangsa pergi ke tempat permulaan dengan sendiri.

"Mangsa memaklumkan berjaya keluar dari hutan ke jalan utama," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.343780 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list